Baru-baru ini, tular di media sosial seluruh dunia terutamanya di Afrika Selatan, seorang paderi Kristian terkenal yang dan memiliki ratusan ribu pengikut, Abraham Richmon akhirnya memeluk Islam dan berjaya melaksanakan haji tahun ini. Subhanallah.
Beliau berkongsi kisah pengislaman beliau, pada suatu malam Abraham bermimpi sedang tidur di dalam sebuah gereja, kemudian beliau terbangun (dalam mimpi), kemudian datang satu suara mengatakan “Serulah pengikut-pengikut kamu untuk memaikai Jubah Putih!”
Setelah itu dia bangun dari tidur, beliau faham apa yang dimaksudkan dengan mimpi itu kerana Jubah putih sememangnya pakaian kebiasaan umat Islam untuk mengerjakan ibadah haji.
Walaupun beliau berusaha untuk mengabaikan mimpi itu, namun suara itu kembali lagi semasa beliau lena dibuai mimpi. Mimpi itu datang berulang kali sehingga ada satu masa ia menjadi agresif, meminta Ibrahim untuk melaksanakan perintahnya.
Suara itu sentiasa bermain dimindanya dan akhirnya beliau terbuka untuk mengkaji Islam dan memeluk ugama Islam tak lama kemudian.
Hal ini disampaikan kepada pengikutnya dan lantas mendapat sambutan untuk mereka juga beramai-ramai memeluk Agama Islam.
Masha Allah, Semoga beliau dikurniakan Haji & Umrah yang mabrur. Ameen.
Selepas memeluk Islam dua bulan yang lalu, beliau diberikan peluang untuk melaksanakan ibadah haji dalam Program Haji Salman, baru-baru ini memetik Haramain.
Sebagai pemimpin paderi di gereja Corinthian Afrika Selatan, beliau memegang tanggungjawab dalam melakukan tugasan di gereja, akan tetapi masa Allah itu sangat tepat, hidupnya berubah 360 darjah selepas beliau mendapat satu mimpi yang membawanya ke jalan yang benar.
Untuk pengetahuan, Ibrahim menjadi pemimpin untuk kumpulan yang besar, di mana gereja itu mempunyai kira-kira 100,000 pengikut.
Yakin dengan firasatnya, Ibrahim mula mengorak langkah menuju ke gereja dan bersedia untuk memberitahu pengikutnya mengenai mimpi yang dialaminya. Beliau mahu pengikutnya percaya bahawa mimpi itu telah ‘menghantui’ dirinya.
Ibrahim juga mahu memaklumkan berkaitan dengan pemakaian kopiah kepada pengikutnya. Dengan izin Allah, pengikutnya menerima perkara yang disampaikan dengan hati terbuka dan tiada satu bantahan yang disuarakan.
“Apabila mesyuarat seterusnya diadakan, ribuan pengikut memakai kopiah putih di atas kepala mereka. Semua, menerima apa yang disampaikan,” cerita Ibrahim.
Apabila seorang lelaki Muslim hadir untuk memimpin lafaz syahadah, Ibrahim tidak dapat menyorokkan perasaan gembira dan mengatakan beliau sudah lama menunggunya hadir ke gereja itu.
Sebak dengan kehadiran lelaki itu, Ibrahim turut menceritakan perkara yang terjadi kepadanya. Sudah lama beliau menunggu saat tersebut, mimpi yang ditakdirkan oleh Allah, memudahkan untuknya menuju ke jalan yang benar.
Allah tidak membiarkan Ibrahim keseorangan, malah ketika beliau melafazkan syahadah di gereja tersebut, pengikutnya juga melakukan perkara yang sama menunjukkan mereka sokong dengan tindakan beliau untuk masuk Islam.
Perkara itu sekali gus membuatkan ribuan pengikut memeluk Islam dengan hanya sekali lafaz selepas dipimpin oleh seorang lelaki Muslim. Ribuan suara menuturkan perkataan syahadah, bergema di gereja tersebut.
Beberapa bulan telah berlalu, Ibrahim mendapat berita bahawa beliau akan melaksanakan ibadah haji pada tahun ini selepas berita mengenai penghijrahannya tersebar.
Ibrahim yang terharu dengan jemputan itu merasakan dirinya masih tidak layak untuk menjejakkan kaki di tanah suci tersebut.
“Saya tidak boleh pergi ke sana. Perkara ini tidak berlaku, saya tidak percaya,” tuturnya dengan terkejut.
Bagaimanapun, apabila hari keberangkatan ke tanah suci telah tiba, Ibrahim berasa teruja kerana diberi peluang untuk melawat makam Nabi Muhammad S.A.W.
Ibrahim yang mahu menjadi Muslim sejati mengatakan beliau akan mengikut jejak Nabi Muhammad SAW.
“Allah adalah cahaya dalam hidup kita, saya dan semua orang. Allah merupakan cahaya di muka bumi ini. Semoga Allah memberi pengampunan kepada kita semua,” katanya.
Semoga kisah Ibrahim ini memberikan kita teladan yang baik untuk menjadi muslimat yang sejati.