Berang kisah penceraian dikongsi di TikTok, lelaki bunuh bekas isteri dan tembak dirinya

Berang kisah penceraian dikongsi di TikTok, lelaki bunuh bekas isteri dan tembak dirinya. Wanita yang berusia 29 tahun itu dibunuh bekas suaminya sebelum suspek bertindak untuk membunuh diri selepas kejadian tersebut.

Lelaki tersebut dikatakan berang dengan tindakan Sania Khan yang berkongsi secara terbuka perjalanan penceraian mereka di TikTok.

Jurugambar Pakistan-Amerika itu ditembak Raheel Ahmed,36, yang sanggup datang ke kediaman baru Sania di Chicago, menurut laporan polis yang diperoleh Chicago Sun-Times, lapor Daily Star.

Polis Chicago memberitahu, pegawai ABC News tiba di tempat kejadian untuk mencari seorang wanita dan seorang lelaki, masing-masing dengan kesan tembakan di kepala dan menemui senjata di situ.

Wanita itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala lelaki itu dibawa ke sebuah hospital di mana dia kemudian disahkan meninggal dunia.

Pejabat Koroner Cook County mengesahkan identiti mereka dan berkata, kematian Sania dianggap sebagai pembunuhan manakala kematian Ahmed adalah bunuh diri.

Guna TikTok untuk sebar kesedaran

Sania yang berasal dari Chattanooga, Tennessee, menggunakan TikTok sebagai saluran untuk kesedaran mengenai rumah tangga dan penceraian yang boleh memberi peluang kedua untuk kembali bangkit sebagai wanita.

Dia juga berkongsi menerusi nama pengguna ‘geminigirl_099’ mengenai kesukaran yang dihadapinya dengan keluarganya dan masyarakat Asia Selatan yang tidak merestui perceraiannya.

Ramai wanita yang memilih untuk berdiam diri sehingga akhirnya emosi terganggu sedangkan ada pilihan untuk meninggalkan perkahwinan yang gagal.

“Melalui perceraian sebagai wanita Asia Selatan, kadang-kadang, anda rasa gagal dalam hidup.

“Cara komuniti melabelkan anda, kekurangan sokongan emosi yang anda terima, dan tekanan untuk tinggal bersama seseorang.

“Ia menjadikan lebih sukar bagi wanita untuk meninggalkan perkahwinan yang mereka tidak patut mulakan dari awal,” katanya.

Baca Juga: Kenal tak sampai 24 jam, suami orang ditangkap khalwat

Baca Juga: ‘Senaman terbaik adalah suka hati kau’, pendapat perunding kesihatan ini tarik perhatian netizen