Kenal tak sampai 24 jam, suami orang ditangkap khalwat

Kenal tak sampai 24 jam, suami orang ditangkap khalwat. Lelaki dan pasangannya itu dicekup berkhalwat oleh sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) di sebuah hotel di daerah Kulim malam tadi.

Pasangan ini gagal menunjukkan sebarang dokumen membuktikan mereka mempunyai hubungan pasangan suami isteri atau mahram dikatakan berdua-duaan dalam sebuah bilik hotel berkenaan pada 10.15 malam lapor Harian Metro.

Sembunyi bawah katil untuk elak ditangkap

Ketika serbuan dilakukan, lelaki itu ditemukan bersembunyi di bawah katil untuk mengelak dicekup pihak berkuasa, namun gagal.

Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Shariffudin Mat Saad berkata, lelaki berusia 24 tahun itu dipercayai datang dari Perak kerana mempunyai urusan kerja sebelum bertemu dengan wanita berkenaan.

“Mereka kemudian dibawa ke balai polis untuk dibuat laporan tangkapan sebelum diambil keterangan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 25(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014.

“Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Baca Juga: Lelaki bakar bekas isteri hidup-hidup hanya sebab tidak mahu rujuk

Baca Juga: ‘Gaji menteri yang dipotong boleh salur terus sebagai susbsidi barang keperluan rakyat’