Berbahaya kepada manusia, WHO bakal umum pemanis tiruan berisiko kanser di seluruh dunia

Pemanis tiruan yang digunakan di dalam air berkarbonat dan gula gula di seluruh dunia bakal diisytiharkan sebagai berisiko untuk kanser atau karsinogenik.

Pemanis tiruan atau aspartame yang juga digunakan dalam Coke Diet, telah menjalani beberapa ujian keselamatan.

Cabang penyelidikan kanser Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC) akan menerbitkan ujian keselamatan yang telah dijalankan pada bulan hadapan.

‘Mereka sedang bersedia untuk melabelkan pemanis itu sebagai ‘berkemungkinan karsinogenik kepada manusia’, petik laporan The Guardian.

IARC mendakwa ada beberapa bukti yang mengaitkan aspartame dengan kanser namun ia terhad kepada dua kategori serius iaitu ‘mungkin berbahaya kepada manusia’ dan ‘berbahaya kepada manusia’.

Nasihat itu datang daripada Jawatankuasa Pakar Bersama WHO dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian mengenai Bahan Tambahan Makanan (JECFA), yang juga telah mengkaji penggunaan aspartame tahun ini.

Mereka bakal mengumumkan penemuan kajian bersama-sama IARC pada 14 Julai nanti

Baca juga: Ini rupanya rahsia resepi air milo yang sebenar yang ramai taktahu..