“Bercinta dengan pensyarah sendiri dan akan bertunang, bila bawa jumpa mak baru tahu dia siapa…”

Percintaan yang terjalin melibatkan pelajar dan pensyarah bukanlah sesuatu yang asing. Ramai yang bercinta dengan pensyarah sendiri dan selamat ke jinjang pelamin.

Namun, kisah yang dikongsi oleh seorang pengguna Twitter yang tidak dikenali identitinya agak unik. Menurutnya, dia mempunyai seorang teman lelaki yang juga pensyarahnya ketika zaman diploma.

Teman lelakinya itu berumur sekitar 50-an dan tidak pernah berkahwin. Dia juga telah beberapa kali bertemu keluarga teman lelakinya tetapi sebaliknya teman lelaki tidak pernah berjumpa emaknya kerana risau akan penerimaan keluarga.

Setelah mereka nekad untuk mengikat tali pertunangan barulah teman lelakinya itu dibawa berjumpa si emak tetapi, apa yang mengejutkan ialah teman lelakinya itu merupakan bekas teman lelaki emaknya sewaktu mereka muda dahulu.

Jelasnya, emaknya tidak membantah hubungan mereka namun, dia berasa serba salah. Dia yang buntu dengan keadaan tersebut meminta pandangan dari warga maya samada untuk meneruskan perkahwinan atau sebaliknya.

Baca juga: Keluarga diusir selepas selamatkan bayi yang dibuang anak sendiri