Baru-baru ini seorang wanita telah berkongsi di Tiktok tentang dirinya yang berjaya menjana pendapatan sebanyak RM2.6juta sebulan dengan hanya bekerja sebagai pencuci rumah orang. Perkongsian wanita yang dikenali sebagai Jennifer Hernandez baru berusia 23 tahun itu cukup memberi inspirasi buat wanita diluar sana.
Menerusi perkongsiannya, wanita ini memulakan perniagaannya ketika sedang hamil enam bulan, selain mempunyai seorang bayi untuk dijaga. Pada setiap hari, Hernandez mengatakan akan membersihkan lima pejabat dengan bayaran AS$250 (RM1,065) setiap satu. Malah, dalam seminggu sahaja beliau berjaya mengumpul pendapatan sebanyak AS$8,759 atau RM37,344.
@tropicalcleaningacademy I love my lil cleaning company #businessproposal #business #moneytok #money #moneytips #adayinmylife #smallbusiness #moneytiktok #businesstok #cleantok #moneytok #cleantok #cleaningbusiness #howtomakemoney #businessmotivation #fyp #foryou #moneyideas #biz ♬ original sound – Jaelon Minnieweather
Jelasnya, sebelum itu juga, beliau bergantung sepenuhnya dengan kewangan suami. Namun selepas kejayaan tersbeut, suaminya mengambil keputusan berhenti kerja dan membantu Hernandez mengembangkan bisnes berkenaan. Ketika memulakan perniagaan itu, dia turut membawa bayinya bersama ketika membersihkan rumah pelanggan. Namun, selepas lima bulan dia mampu untuk mengupah pengasuh.
Hernandez kini memiliki bisnes pembersihan kediaman dan komersial menjadi tular, dikatakan memperoleh sebanyak $600,000 atau kira-kira RM2.6 juta dalam tempoh sebulan.
Menerusi klip durasi pendek yang dimuat naik oleh akaunnya, Hernandez turut memberi respon pelbagai soalan yang beliau dapat dari netizen dan berkongsi tips perniagaannya yang kian berkembang.
Perniagaan Hernandez bernama Tropical Cleaning sudah memiliki 20 pekerja yang bekerja secara syif selama lapan jam sehari. Dengan rezeki terpijak yang dimiliki, pasangan suami isteri itu memang pemurah.
“Apabila anda mahukan sesuatu, pergi mendapatkannya. Tidak kira apa yang berlaku, pasti ada cara dan jalannya”