Berkat sabar, wanita dikurniakan kembar selepas 7 tahun mencuba, siap bagi kebenaran suami kahwin lain

  • Post author:

Berkat sabar, wanita dikurniakan kembar selepas 7 tahun mencuba, siap bagi kebenaran suami kahwin lain. Setiap perkahwinan pastinya mahu diserikan dengan kehadiran cahaya mata, namun tidak semua diberi rezeki untuk memliki anak.

Namun kesabaran dan ketabahan wanita dan pasangannya ini yang sabar menanti kehadiran cahaya mata akhirnya dijawab oleh Tuhan, diserikan dengan kembar lelaki dan perempuan selepas 7 tahun menanti.

Tular di TikTok baru-baru ini, satu hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Nurin Dir yang berkongsi kisah kehidupannya telah membuat orang ramai sebak.

Pernah gagal dapat anak walaupun sudah melakukan IVF

Menerusi video tersebut, Nurin telah meluahkan rasa kecewa serta terkilan apabila dia gagal memberi zuriat kepada suami walaupun selepas mereka sudah menjalani rawatan in vitro fertilization (IVF).

Malah, kekecewaan yang dirasai sehingga membuatkan dia memberi kebenaran kepada suaminya untuk berkahwin lagi bagi mendapat zuriat.

“Kalau abang nak kahwin lain abang kahwin la.”

Suami anggap kahwin dua bukan solusi mahu anak

Namun, apa yang menyentuh hati orang ramai adalah jawapan suaminya yang menolak tawaran itu dan memilih untuk percaya bahawa perkahwinan bersama wanita lain bukanlah solusi yang sebenar dan tidak akan menjamin zuriat.

“Sayang rasa kalau abang kahwin lain akan dapat anak ke? Kalau Allah cakap tak ada, tak ada la, anak ni bukan urusan kita, berhenti fikir bukan-bukan.”

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai turut terharu mendengar jawapan suaminya yang sabar dan setia.

“Nikmatnya bersabar, cantiknya anugerah Allah SWT. Ttahniah sis dan husband.

“Kadang-kadang Allah uji kakak abang tak ada anak awal sebab Allah nak suruh enjoy dulu nak suruh bercinta dulu,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

Perkahwinan ini penuh dengan tanggungjawab, jika berkahwin lain hanya sekadar zuriat. Bagaimana pula dengan isteri kedua, adakah dia hanya dilihat sebagai baby maker

Tidakkah tanggungjawab menjaga isteri pertama dan kedua akan jadi sama banyak. Jadi jika anda ingin berkawin dua, adakah anda sebenarnya bersedia untuk memikul lebih banyak tanggunjawab atau hanya sekadar memuaskan nafsu?

Baca Juga: Keluarga diusir selepas selamatkan bayi yang dibuang anak sendiri

Baca Juga: Ahli fizik ini kongsi cara sebenar nak hilangkan rasa pedas, teguk air masak tak akan jadi