Berlagak kongsi kod QR di media sosial, wanita menangis terima pesanan hidangan RM280,530

Akibat dari memuat naik gambar hidangan yang dipesan dan kod respons pantas (QR) secara tidak sengaja di laman sosial, seorang wanita di China mengalami kepanikan apabila menerima pesanan makanan yang mencapai nilai AS$60,000 (kira-kira RM280,530) di sebuah restoran hot pot (periuk makanan panas).

Portal NDTV melaporkan bahawa wanita itu yang dikenali sebagai Wang, mendakwa dikenakan caj bagi makanan yang tidak pernah dipesannya.

Walaupun wanita itu berusaha untuk membetulkan kesilapan, restoran tersebut tidak dapat membatalkan pesanan sehingga mereka menerima jumlah pesanan dengan jumlah bil yang besar.

Menurut South China Morning Post (SCMP), Wang membatalkan pesanannya dengan serta-merta, tetapi orang ramai terus membuat pesanan baru di meja mereka.

Berdasarkan tangkapan skrin pesanan yang dikongsi secara dalam talian, orang ramai membuat pesanan untuk 1,850 itik segar, 2,580 sotong, dan 9,990 bahagian pes udang, dengan setiap item dikenakan harga beberapa puluh yuan.

Pihak pengurusan menyatakan bahawa mereka tidak dapat mengesan orang yang membuat pesanan makanan tersebut atau menghalang orang ramai daripada terus melakukannya.

Baca juga: Penduduk berlari nak tadah air, ingatkan susu rupanya air tercemar