Sebuah video yang tular di media sosial India memperlihatkan penduduk bandar Bilari, negeri Uttar Pradesh, sedang berebut-rebut menadah air paip berwarna putih kerana tersalah menganggapnya sebagai susu.
Dalam video yang dikongsi di Instagram, penduduk kelihatan berebut untuk mengumpul air. Malah, ada yang dilihat sedang meminum air secara terus dari paip tersebut.
Kawasan paip air tersebut dipenuhi oleh orang ramai yang membawa botol minuman serta plastik untuk diisi dengan air.
Namun, pihak berkuasa kemudian menjelaskan bahawa air tersebut bukanlah susu, melainkan air yang tercemar.
Jelasnya, air tersebut menjadi putih setelah pam air mengalami kerosakan, yang menyebabkan perubahan warna.
“Bekalan air hanya akan disambung semula selepas penilaian semula yang diperlukan telah dijalankan,” kata majistret sub-bahagian Bilari.
Baca juga: Ramai teruja nak claim RM100 e-MADANI, awas rupanya ada syarat-syarat ‘tersembunyi’