Biawak Bengal dirogol empat lelaki, siap rakam perbuatan terkutuk

Biawak Bengal dirogol empat lelaki, siap rakam perbuatan terkutuk. Insiden hina itu terbongkar apabila pegawai perhutanan menemui rakaman aksi rogol dalam telefon bimbit salah seorang tertuduh.

Memetik India Today, empat lelaki di negeri Maharashtra, India ditahan atas dakwaan merogol seekor biawak Bengal di sebuah kawasan perlindungan harimau, 

Biawak Bengal dikategorikan sebagai spesies simpanan di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar India 1972.

Keempat-empat suspek ditahan dengan bantuan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang diletakkan di dalam Kawasan Simpanan Harimau Sahydari dan ditahan oleh pegawai perhutanan.

Peralatan lain yang dirampas oleh pihak berkuasa termasuk pistol yang digunakan untuk pemburuan haram, bateri dan dua motosikal.

Tiga daripada tertuduh juga didapati melawat kawasan simpanan itu bagi tujuan memburu.

Beberapa lagi gambar haiwan seperti tenggiling, arnab, kancil dan landak turut ditemui dalam telefon bimbit itu.

Pada 8 April lalu, mahkamah tempatan membenarkan mereka diikat jamin. Pegawai perhutanan menambah bahawa mereka sedang menuntut hukuman maksimum dikenakan kepada keempat-empat suspek.

Sekiranya tertuduh disabitkan kesalahan, mereka boleh dipenjara tujuh tahun jika didakwa dan didapati bersalah di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar.

Bagaimanapun, pihak berkuasa sedang mempertimbangkan untuk mendakwa tertuduh melakukan kesalahan di bawah undang-undang berbeza iaitu IPC Seksyen 377 (Kesalahan Luar Biasa).

Baca Juga: Tergamak liwat anak sendiri, lelaki berusia 51 tahun ditahan

Baca Juga: Main skuter di sekitar KL jadi tarikan rakyat Malaysia, bersiar-siar sambil tengok KLCC