Dunia ni memang penuh dengan keindahan yang korang dapat saksikan baik ciptaan tuhan mahupun manusia. Kalau ada peluang, mesti korang nak lawat semua tempat cantik dan bersejarah yang ada di muka bumi ni.
Tapi, dalam banyak-banyak benda yang memukau mata, binaan seperti bangunan juga menjadi tarikan. Lagi-lagi, bila melibatkan binaan zaman purbakala yang dianggap sebagai ‘wonders‘ dunia.
Jadi, mari sini min kenalkan pada korang tujuh ‘keajaiban’ dunia purba dan keadaan terkininya.
- Piramid Giza
Piramid Giza ni merupakan antara keajaiban tertua di dunia. Ia dibina pada 2500-an Sebelum Masihi semasa Dinasti ke-4 di Mesir. Menariknya, ia telah dibina oleh Khufu, firaun kedua dinasti itu dan memerlukan tiga generasi pembina piramid monumental untuk siapkan keseluruhan binaan ni
Pada asalnya, piramid ni taklah seperti yang korang lihat sekarang namun sebenarnya, ianya berkilauan dengan batu kapur putih serta sinaran daripada batu emas di penjurunya. Sehingga kini, tempat makam firaun ni adalah satu-satunya ‘wonders‘ purbakala yang masih wujud di dunia.
- Makam Halicarnassus
Halicarnassus Mausoleum History
Bangunan ini merupakan sebuah makam untuk Raja Carian Mausolus. Ia dibina di bandar Halicarnassus pada pertengahan abad ke-4 Sebelum Masihi.
Dengan ketinggian 45 meter, ia mengandungi lebih daripada 400 arca buatan beberapa pengukir terbaik zaman Yunani. Kecantikannya terserlah pada puncak bangunan itu yang menunjukkan arca Mausolus dan permaisurinya, Artemisia sedang menaiki kereta yang dibawa oleh empat ekor kuda.
Pada zaman Roman, binaan ni masih lagi berdiri namun, ia telah dilaporkan lenyap pada tahun 1402 apabila sisa bakinya dirosakkan oleh tentera salib untuk membina Istana Bodrum di kawasan berdekatan.
- Kuil Artemis
Artr
Bangunan kali ini pula merupakan sebuah kuil yang dibina pada era Yunani di Efesus. Ianya dibina bagi mengagungkan Artemis, dewi pemburuan Yunani yang mempunyai kaitan kuat dengan bulan dan zaman dara.
Sebenarnya, Kuil Artemis ni dah dibina sebanyak tiga kali di mana dua yang pertama telah musnah akibat banjir dan pembakaran. Namun, bentuk terakhir kuil telah dibangunkan semula pada abad ke-4 Sebelum Masihi dan bertahan selama berabad lamanya.
Akan tetapi, ia rosak teruk akibat serangan Gothic pada abad ke-3 Selepas Masihi, sebelum dirobohkan oleh orang Kristian pada akhir abad ke-4.
- Patung Zeus
Zeus
Patung juga dikira sebagai ‘wonders‘ dunia purba, lagi-lagi patung Zeus yang terletak di Olympia ini. Binaan yang mencecah ketinggian 14 meter ini dibina oleh arkitek terkenal Yunani, Phidias dan diperbuat daripada kayu yang disaluti dengan plat-plat emas. Kalau nak tahu, dia juga pernah bina patung Arthena Parthenos yang berdiri di Acropolis.
Apa yang peliknya, para sejarawan tak dapat pastikan bagaimana Zeus ni boleh hilang begitu sahaja. Kemungkinan besar ianya terbakar pada tahun 400-an bersama kuilnya namun, ada cerita yang mengatakan ia tersembunyi di Konstantinopel. Sehingga kini, patung Zeus tidak dapat dikesan dan sejarawan pun dah bingung dengan apa yang terjadi.
- Colossus of Rhodes
Colossus Of Rhodes
Jelas dari namanya, patung Rhodes yang diperbuat daripada gangsa ni memang besar dengan ketinggian 33 meter tau! Ianya terletak di atas pelabuhan Yunani sebagai lambang kemenangan negara itu atas Demetrius Poliorcetes semasa Pengepungan Rhodes pada waktu dulu.
Jangan terkejut kerana patung ni mengambil masa 12 tahun sebelum siap dibina. Tapi malangnya, lepas berdiri selama 54 tahun, ia akhirnya jatuh akibat gempa bumi yang dahsyat ketika itu. Akan tetapi, kehilangan sisa-sisanya masih menjadi misteri.
Ada pendapat mengatakan orang tempatan melombong patung itu, manakala sumber lain menuduh orang Islam menjual sisa bakinya selepas pulau itu ditakluk mereka pada 653.
- Rumah Api Alexandria
Pharos Of Alexandria 03 0
Fungsi rumah api ni berbeza daripada ‘keajaiban’ yang lain kerana ianya mempunyai kegunaan praktikal ke bandaraya yang terletak di Pulau Pharos. Struktur yang berketinggian 100 meter ni dibina atas arahan Ptolemy II sebagai sokongan bagi menjadikan bandar itu, pelabuhan terpenting di Mediterania.
Dekat bandar ni juga menempatkan beberapa monumen unik seperti Perpustakaan Alexandria dan Makam Alexander the Great. Rumah api ni telah bertahan selama berabad-abad daripada bencana dan pencerobohan penjajah asing.
Walau bagaimanapun, ia mengalami pelbagai siri kerosakan yang serius lalu menyebabkan ia akhirnya runtuh dan tidak berfungsi sepenuhnya. Setelah itu, Kubu Qaitbay didirikan atas tapaknya namun, sisa-sisa rumah api tu masih terletak di kawasan cetek di sekelilingnya.
- Taman Tergantung Babylon
Hanging Gardens Of Babylon
Taman ni dikatakan telah dibina oleh Nebuchadnezzar II, seorang raja Babylon masa abad ke-7 Sebelum Masihi. Ia dibina secara bertingkat, lengkap dengan pelbagai jenis tumbuhan dengan sistem pengairan yang rumit.
Akan tetapi, tiada bukti sah yang dapat memastikan kewujudan taman ini. Malah, pengkaji tak jumpa apa-apa percakapan mengenai taman ni dalam teks Babylon mahupun sebarang kesan di tapak arkeologi bandar itu. Namun begitu, ada yang percaya taman itu berada di bahagian bandar yang belum diteroka.
Ada juga yang kata, taman ni sekadar ‘miscommunication‘ orang Yunani yang sebenarnya menceritakan tentang taman-taman yang dibina Raja Assyria Sanherib di Nineveh.
Sumber: The Collector
Baca juga: Kemelut 6 tahun berlarutan tiba masanya buat haluan masing-masing-PU Abu kembali solo