BKM dah mula disalur secara berperingkat bermula semalam, berikut cara semak status kelulusan

Inisiatif bantuan kewangan kepada rakyat Malaysia melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sudah mula diagihkan bermula semalam.

Untuk makluman semua, status kelulusan permohonan BKM 2022 boleh disemak bermula 28 Mac iatu semalam menerusi laman rasmi BKM. Anda boleh semak status permohonan anda dengan klik butang log masuk. 

Dalam paparan log masuk itu, anda perlu masukkan nombor kad pengenalan dan sahkan kata kunci yang telah anda gunakan semasa mengisi borang. Setelah itu, anda perlu klik butang ‘Semakan Status’.

Selain itu, pembayaran BKM Fasa 1 juga telah bermula sejak semalam secara berperingkat kepada mereka yang mempunyai akaun bank. Manakala bagi yang tidak mempunyai akaun bank, penunaian dijalankan di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 30 Mac ini.

Dalam pada itu, bagi pemohon tiada akaun bank yang menetap di pedalaman sekitar Sabah dan Sarawak pula, tarikh pembayaran akan dimaklumkan kemudian dari semasa ke semasa.

Terdahulu, Kementerian Kewangan mengumumkan hampir 4.8 juta bujang bakal menerima BKM bernilai RM8.2 Bilion. Menerusi kenyataan itu, 4.8 juta penerima kategori bujang adalah antara 9.6 juta penerima yang layak.

Menteri Kewangan terdahulu iaitu Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi pembentangan Bajet pada 29 Oktober tahun lalu, mengumumkan sejumlah RM 8.2 bilion diperuntukkan dalam Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang bakal memanfaatkan lebih 9.6 juta penerima.

Sementara it Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, 4 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas dan 3.4 juta individu bujang daripada keseluruhan penerima BKM bakal menerima bayaran antara RM100 hingga RM300 mengikut kelayakan.

Apa itu pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia BKM?

Untuk makluman anda, BKM merupakan bantuan tunai langsung yang menggantikan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Pembaharuan yang diterapkan di dalam BKM telah mengambil kira cadangan yang diterima daripada orang ramai. Cadangan itu juga diambil melalui penerbitan Kertas Konsultasi Awam berhubung penambahbaikan bantuan rakyat.

Sumber: Laman BKM

Baca juga: https://themalaysialife.com/surah-al-baqarah-dijadikan-lagu-latar-video-transition-tiktoker-dari-perancis-dikecam/