Bomba berjaya keluarkan bayi terperangkap dalam kereta hampir sejam

  • Post author:

Bomba berjaya keluarkan bayi terperangkap dalam kereta. Bayi lelaki berusia 10 bulan itu dikatakan terperangkap dalam sebuah kenderaan Honda City di sebuah kawasan perumahan di Jitra, Kedah sebelum diselamatkan pasukan bomba.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan berhubung khidmat khas bayi terkunci dalam kereta pada jam 7.40 pagi.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Sezali Hassan tiba di lokasi tidak lama kemudian lapor Harian Metro.

Setibanya di lokasi, pasukan terbabit mendapati bayi lelaki berusia 10 bulan itu masih terperangkap di dalam kereta jenis Honda City yang terkunci.

“Komander operasi mengarahkan anggota untuk berusaha membuka pintu kereta menggunakan peralatan khas yang dibekalkan.

“Pintu kereta itu berjaya dibuka dan bayi 10 bulan berjaya diselamatkan dan diserahkan pada keluarganya,” katanya.

Mohamadul Ehsan berkata, operasi tamat pada jam 8.34 pagi.

Baca Juga: Wartawan China cuba bunuh diri lepas dikecam netizen, terlalu emosi ketika lapor kematian Shinzo Abe

Baca Juga: Tak mahu sambung belajar? Ini nasihat abang, kakak wajib dengar