Wartawan China cuba bunuh diri lepas dikecam netizen, terlalu emosi ketika lapor kematian Shinzo Abe

Wartawan dari China, Zeng Ying dikecam teruk kerana menunjukkan emosi keterlaluan ketika melaporkan kematian bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe bulan lalu yang juga tidak disukai rakyat China

Abe tidak disukai orang China

Berdasarkan perkongsian di Weibo, China menganggap Abe sebagai tokoh yang memecahbelahkan dan lebih mendatang kemarahan apabila melawat Yasukuni, kuil yang menghormati mangsa perang Jepun, termasuk mereka yang melakukan jenayah perang di China.

Netizen anggap tak profesional dan tidak patriotik

Ramai netizen China menganggap emosi ditunjukkan Ying ketika siaran langsung untuk rangkaian media Shanghai, The Paper sebagai ‘tidak profesional’ dan ‘tidak patriotik’.

“Saya bingung melihat awak menangis. Adakah awak orang China,” tulis pengguna Weibo yang ditujukan kepada Ying.

Pengguna lain pula memberi komen, “Anda menangis kerana sayap kanan Jepun yang tidak menghormati sejarah penjajahan China, seorang Jepun yang tidak menghormati orang China!”

Wanita itu juga didesak memohon maaf kerana dianggap tidak profesional apabila menunjukkan emosi peribadi secara terbuka dan mengguriskan perasan orang ramai.

DDBK, syarikat diasaskan Ying berpangkalan di Tokyo berkata, wanita itu mengalami ‘penderitaan fizikal dan psikologi yang mendalam’, lapor South China Morning Post.

Awal minggu lalu, rakan Ying, Chen Lan berkongsi nota bunuh diri yang didakwa ditulis wartawan itu di akaun Weibo miliknya serta mengesahkan Ying dimasukkan ke hospital.

Sebagai wartawan, adalah penting untuk belajar etika. Ia adalah salah untuk menunjukkan emosi terlampau ketika melakukan tugas. Di luar tugas, menangislah sebanyak mana yang ada mahu tetapi ketika bekerja, anggaplah diri robot.

Baca Juga: Sambut kepulangan suami curang dengan kain rentang besar

Baca Juga: Elak insiden hilang tidak dijumpai, doktor kongsi cara buat ‘live location’ dengan keluarga melalui WhatsApp