Sambut kepulangan suami curang dengan kain rentang besar

Sambut kepulangan suami curang dengan kain rentang besar. Kain rentang yang turut dihiasi belon itu diletakkan di hadapan rumah dengan kata-kata ‘pengakuan’ suami yang curang kepada wanita tersebut.

Menerusi laporan Daily Star, kepulangan seorang pegawai tentera berpangkat kapten dari tugasan luar negara ‘disambut’ dengan sehelai kain rentang di hadapan rumahnya di Essex, England.

Curang ketika sedang bertugas

Si isteri mendakwa dia mengesyaki suaminya yang merupakan seorang pegawai Kor Perubatan Tentera Diraja Britain itu curang dengan seorang pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ketika mereka bertugas di Somalia.

“Helo, nama saya Kapten (nama suami). Saya bertugas di Somalia dan menjalinkan hubungan sulit bersama (nama) yang bertugas bersama PBB.

“Saya menghalau isteri saya keluar dari rumah dan membiarkannya dalam keadaan tidak mempunyai tempat perlindungan, tidak bekerja dan tidak mempunyai wang.”

Berdasarkan ‘pengakuan’ di kain rentang itu, si isteri turut mendedahkan nama serta gambar suaminya yang memakai uniform tentera.

Tidak cukup dengan itu, dia turut mengetengahkan kod kepimpinan mengenai integriti dalam menjalankan tugas sebagai seorang pegawai tentera.

“Saya tidak mempunyai moral, disiplin, perasaan hormat kepada orang lain, integriti, kesetiaan dan komitmen untuk tidak mementingkan diri.”

Identiti pasangan ini bagaimanapun tidak didedahkan dan jurucakap Kementerian Pertahanan Britain memaklumkan pihakna masih menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara itu.

Baca Juga: Tragis di hari bahagia, wanita maut terkena peluru sesat

Baca Juga: Patutlah orang percaya vape bagus untuk perokok, ahli farmasi ini dedah banyak kajian ‘bias’ ditaja industri rokok