Budak lelaki dihempas guru agama sehingga patah kaki, hanya sebab lambat ambil Al-Quran

Budak lelaki dihempas guru agama sehingga patah kaki, hanya sebab lambat ambil Al-Quran. Kanak-kanak yang berusia 9 tahun pastinya nakal dan susah mendengar cakap namun tindakan guru terbabit sudah dikira melampui batas. Insiden itu dilaporkan terjadi pada minggu lalu di sebuah sekolah yang terletak di Marang.

Semua ini berlaku hanya kerana budak lelaki terbabit lambat mengambil Al-Quran, budak tersebut mendakwa dirinya dihempas guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) sehingga patah kaki laporan Kosmo Online.

Menurut sumber, ibu mangsa mula mengesyaki anaknya mengalami kecederaan itu setelah mengambil kanak-kanak itu pulang dari sekolah sekitar jam 5 petang pada hari kejadian.

Bawa ke klinik untuk pemeriksaan, terkejut apabila kaki anaknya patah

Ibu mangsa kemudian membawa anaknya itu ke klinik swasta bagi tujuan pemeriksaan dan mendapati kaki kanak-kanak itu telah patah.

Mangsa mendakwa ia disebabkan perbuatan guru KAFA terbabit telah menghempasnya ke atas kerusi. Tindakan tersebut didakwa dilakukan kerana guru KAFA itu berang dengan perlakuan kanak-kanak lelaki terbabit di dalam kelas sebelum itu.

Ibu bapa mangsa juga telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada 8 Julai lalu.

Perkara itu turut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Marang Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris dan memaklumkan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Bukankah agama mengajar bahawa sabar itu separuh daripada iman. Tindakan guru terbabit boleh sahaja sekadar percakapan bukan perbuatan sehingga menyebabkan kanak-kanak tersebut patah kaki.

Baca Juga: Lelaki guna ayat suci Al-Quran untuk pindahkan kanser kepada pokok, netizen luah rasa bimbang

Baca Juga: Malaysia tidak akan bankrap, paras hutang masih terkawal – Menteri Kewangan