Budak lelaki suka tunjuk jari tengah rupanya budak baik, tak tahu pun maksud jari tu

Sebelum ini tular di media sosial beberapa video seorang budak lelaki yang gemar menunjukkan jari tengah kepada sesiapa sahaja yang merakamnya. Rupanya dia budak baik dan tak tahu maksud jari tengah itu.

Video budak lelaki berkenaan mula tular apabila dia ketika itu membonceng motosikal ditunggangi ibunya sambil menunjukkan jari tengah ketika berhenti di lampu isyarat.

Video tersebut menjadi tular di seluruh dunia sehingga mendapat perhatian pempengaruh media sosial antarabangsa seperti Khaby Lame dan bintang K-pop, Siwon daripada kumpulan Super Junior.

Portal Suara.com melaporkan, kanak-kanak itu dikenali sebagai Im Kamaludin, berasal dari Thailand.

Kanak-kanak itu juga mempunyai akaun Facebook @kamaludinofficial19.

“Wajahnya yang mirip warga tempatan membuatkan netizen menyangka bahawa budak botak itu berasal dari Indonesia yang pada akhirnya diketahui bahawa dia sebenarnya berasal dari Thailand.

“Perkara ini diketahui melalui nombor pendaftaran kenderaan melalui motosikal mereka ketika mengisi semula minyak petrol,” lapor Suara.com.

Im tak tahu apa maksudnya

Menerusi Facebook, kanak-kanak itu memaklumkan dia berasa malu dengan video tersebut dan berharap tiada lagi pihak yang berkongsi video berkenaan.

Mengakui aksinya tidak sopan, Im meminta supaya tiada kanak-kanak lain mengikuti tindakannya.

”Mulanya saya tidak tahu apa maksud isyarat jari tengah dan selepas mengetahuinya, saya berasa malu

“Saya mohon maaf dan berharap tiada sesiapa akan ikuti perbuatan saya,” katanya.

Dianggap nakal, dia bukanlah seperti yang disangka

Jika dilihat di mana-mana media sosial, wajah yang seakan marah dan serius itu telah membuatkan dia tular di media sosial.

Bagaimanapun, jika merujuk laman Facebooknya, Kamaludin yang terkenal dengan riak wajah serius dan garang tidaklah sebegitu hakikatnya.

Tidak kurang juga, dia turut dianggap sebagai budak nakal ekoran aksi tunjuk jari tengah di atas motor seperti yang tular di media sosial.

Bagaimanapun difahamkan, Kamaludin sebenarnya merupakan seorang kanak-kanak yang baik.

“Kamaludin juga merupakan seorang budak yang periang dan suka bermain bersama kawan-kawan yang lain.

“Malah beberapa muat naik di Facebook menunjukkan dia berpakaian Muslim dan berkopiah.

“Jika di Indonesia, pakaian tersebut adalah pakaian mereka yang akan pergi belajar mengaji atau ke masjid,” tulis Suara.com.

Bukan itu sahaja, bahkan Kamaludin juga dikhabarkan cukup gemar dan rajin melakukan tugasan yang diberikan gurunya di sekolah.

Keperibadian Kamaludin ini membuatkan namanya sering disebut-sebut di media sosial.

Malah dia juga turut dijemput sendiri oleh Firzart Vlog untuk melakukan rakaman video-video lucu bersama-sama di Youtube.

Baca juga: https://themalaysialife.com/lepas-kena-fail-saman-rm2-5-juta-syura-maafkan-siti-nordiana/

Baca juga: https://malaysiadateline.com/isteri-tertekan-kerana-ketum-gaji-suami-tidak-pernah-cukup-semakin-panas-baran/