Buka pusat saringan palsu, remaja untung RM27 juta

Buka pusat saringan palsu, remaja untung RM27 juta. Seorang remaja lelaki di Jerman, baru-baru ini, didapati bersalah kerana mencipta pusat ujian saringan palsu Covid-19.

Dia memperoleh keuntungan 5.7 juta euro (RM27 juta) dengan mengemukakan tuntutan kepada kerajaan, meskipun ujian saringan itu tidak pernah dilakukan.

Pada kemuncak pandemik koronavirus di Jerman, permintaan untuk ujian sangat tinggi hingga kerajaan membayar setiap pusat yang menjalankan ujian Covid-19, hanya berdasarkan invois semata-mata.

Oddity Central melaporkan, kebanyakan penyedia penjagaan kesihatan swasta mendapat manfaat besar, tetapi ada mengaut keuntungan kecil tanpa menyediakan apa-apa jenis perkhidmatan.

Begitu juga dengan kes ini apabila seorang pelajar Jerman mengetahui apa yang perlu dia lakukan adalah hanya ‘mencipta’ pusat ujian saringan Covid-19.

Dia membuat invois beribu-ribu ujian, setiap hari, untuk menuntut jumlah pembayaran yang besar daripada kerajaan.

Lelaki yang baru berusia 17 tahun ketika mencipta idea itu pada 2020, mengaut 5.7 juta euro tanpa melakukan apa-apa kerja.

Antara Mac dan Jun 2021, lelaki itu membuat tuntutan hingga 5,000 ujian saringan setiap hari, walaupun pusat ujian itu sebenarnya tidak wujud.

Antara 2020 dan 2021, kerajaan Jerman memberi kepercayaan kepada sebuah persatuan doktor yang diluluskan perkhidmatan insurans kesihatan Jerman.

Ia untuk menyelia ujian saringan Covid-19 dan mengendalikan pembayaran kepada pusat ujian swasta.

Malangnya, kekurangan pengawasan menjadikan sistem itu menjadi sasaran mudah untuk penipu.

Dalam tempoh kurang daripada empat bulan, remaja terbabit membuat tuntutan 500,000 ujian Covid-19.

Baca Juga: Wanita kongsi tip penjagaan muka seperti artis korea

Baca Juga: Pemilik tunggal kontraktor balak Darul Najah keluarga Exco Kelantan, awas kambing hitam