Penangan buah donut peach yang ini viral di TikTok membuatkan orang ramai begitu terliur dengan buahnya yang gebu dan berbaldu menyebabkan kita makan sengguh mengiurkan.
Namun, sedar atau tidak buah donut peach yang berasal dari Turkey ini sememangnya sukar didapati baik di shopping biasa apatah lagi di kedai runcit.
Buah ini pasti ramai orang akan serbu ke tempat shopping untuk merasai sendiri pengalaman ke sana atau mencuba makanan tersebut agar tidak ketinggalan.
Terbaharu, buah ini dikenali juga sebagai donut peach atau flat peach merupakan salah satu jenis buah pic yang wujud dan berbentuk oblate telah trending di TikTok.
Buah itu agak berlainan kerana kulitnya seperti merah dan kuning berbaldu selain bahagian dalamnya yang berwarna putih.
Susulan trending di TikTok, dapat dilihat ramai orang mula menyerbu pasaraya terdekat mereka untuk mendapatkan buah tersebut dan banyak review mencuba buah tersebut juga turut dikongsi segelintir pengguna TikTok.
Malah, ada juga netizen yang masih belum dapat mencuba disebabkan pasaraya yang dikunjungi mereka sudah kehabisan stok ataupun shopping kompleks yang jauh dari rumah.
Seperti dalam TikTok ini @sirladang turut membebel sukar untuk mendapatkan buah donut peach ini kerana beliau tinggal di Rompin.
“Hello Tunas Manja ada ke donut peach tu, haa tak ada. Hello TF Teriang ke ni, ada tak donut peach yang tengah viral tu, haa tak masuk kawasan situ ye. Hello BS Tresh Mart ye ada jual donut peach semua orang duk share kat TikTok aku tengok semua orang duk makan slurp slurp, apa tak ada dalam korang punya kedai.
“Semua kedai tak ada, aku dah geram dah ni,”kata Sir Ladang.
Bak kata semua kedai tak ada jual buah donut peach, dia pula meronta-ronta nak rasa buah tersebut.
“Tengok buah peach tu biasa aku makan, yang tak tahannya tengok warga TikTok makan terliur aku. Macam mana ni tak boleh betullah,”ngomel Sir Ladang.
Takkan semata-mata nak pergi beli buah donut peach yang ambil masa dua tiga jam dari Rompin ni.
“Aku rasa mereka yang viral benda ni patut bertanggungjawab kesian dekat ibu-ibu yang teringin, dah menyusahkan pula dia nak mencari buah tu.
“Aku pula bukan mengadung tapi tiap kali di share-share tu tak tahan tu,” komen beliau lagi.