Akhbar harian Amerika yang juga diedarkan ke seluruh dunia, USA Today, baru-baru ini menerbitkan satu artikel yang menyenaraikan 100 tempat yang dianggap sebagai “tourist trap” di seluruh dunia.
‘Tourist trap’ bermaksud destinasi perlancongan yang menarik namun terlalu banyak kekurangan dari segi tiket yang mahal atau servisnya yang kurang memuaskan.
Dalam artikel yang ditulis oleh USA Today, ia juga menyenaraikan 100 tempat tarikan yang dianggap terlalu mahal serta 100 tempat yang dianggap terlalu “overrated” (terlalu dibesar-besarkan) di seluruh dunia.
Namun apa yang mengejutkan ramai ialah apabila dalam senarai 100 tempat yang dianggap sebagai “tourist trap,” Bukit Bendera di Pulau Pinang telah disenaraikan sebagai tempat “tourist trap” nombor satu paling teruk di Asia dan nombor 9 di seluruh dunia dalam senarai tersebut.
Tidak hanya itu, Bukit Bendera juga telah disenaraikan sebagai tarikan kedua yang dianggap “overrated” di Asia dan kedudukan ke-14 di seluruh dunia.
Ini menjadikan Tegalalang Rice Terrace di Bali, Indonesia, sebagai destinasi pelancongan nombor satu yang paling “overrated” di Asia dalam senarai tersebut.
USA Today menyusun senarai ini selepas menganalisis sebanyak 23.3 juta ulasan Google untuk 500 destinasi pelancongan paling popular di dunia.
Analisis ini juga melibatkan 64 negara di 6 benua dan dilakukan pada bulan Julai 2023.