Bunuh saudara hidap Albino, jadikan bahagian tubuh mangsa sebagai ‘tangkal’

Bunuh saudara hidap Albino, jadikan bahagian tubuh mangsa sebagai ‘tangkal’. Mangsa dikenali sebagai Macdonald Masumbuka dipercayai dibunuh oleh saudara lelakinya serta empat lelaki lain di Malawi pada 2018.

Menurut Daily Star, suspek, seorang lelaki di Lilongwe, Malawi didakwa membunuh saudaranya yang menghidap albino demi menjual bahagian tubuh mangsa untuk dijadikan sebagai ‘tangkal’.

Ketika perbicaraan berlangsung di Mahkamah Tinggi Malawi pada Selasa, kesemua suspek dijatuhi hukuman melakukan kerja-kerja berat seumur hidup.

Pakar herba dan polis antara yang ditahan 

Dalam pada itu, seorang pakar herba, paderi, pegawai polis dan dua lelaki lain turut dijatuhi hukuman penjara selama 30 tahun kerana terlibat dalam penjualan bahagian tubuh mangsa.

Sebelum ini, mangsa yang berusia 22 tahun itu dilaporkan hilang di daerah Machinga pada Februari 2018. Walau bagaimanapun, badan dan kepala mangsa ditemui sebulan selepas itu dalam keadaan lengan dan kakinya sudah dikerat.

Dikhianat orang rapat

Menurut Hakim Dorothy Nyakaunda Kamanga, Masumbuka dibunuh dengan kejam di tanah perkuburan selepas dikhianati dengan orang yang rapat dengannya dan menerangkan bahawa pembunuhan itu telah dirancang dengan teliti.

Difahamkan, golongan albino sudah lama menjadi sasaran pembunuhan di Malawi serta beberapa negara lain dalam dan sekitar kawasan Tasik Besar Afrika.

Malah, bomoh-bomoh di kawasan sana menyatakan bahawa golongan albino memiliki kuasa yang ajaib. Lebih ngeri lagi apabila bahagian badan dan tulang mereka turut digunakan dalam acara ritual.

Baca Juga: Wanita tergamak bunuh bayi sendiri hanya sebab tak tahan dengar tangisan

Baca Juga: Lima kali sebut ‘kelang’ kabut, leteran pemandu lori ini buat warganet terhibur