Cara tuntut duit dari Kad Pengenalan anda, terus masuk bank secara online

Apabila membicarakan tentang duit yang tidak dituntut, biasanya kita terfikir tentang ahli keluarga yang telah meninggal dunia dan meninggalkan wang dalam akaun bank. Namun, ada kalanya wang yang tidak dituntut itu sebenarnya boleh menjadi milik kita sendiri tanpa pengetahuan kita.

Pasti banyak yang tertanya-tanya, daripada mana asalnya wang tersebut? Ini bergantung kepada akaun setiap individu. Sumber wang yang tidak dituntut ini boleh datang daripada pelbagai sumber seperti simpanan, bank drafts, tuntutan takaful, dividen, dan sebagainya.

Untuk pengetahuan anda, sehingga 30 April 2023, Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah menerima sejumlah RM 11.2 bilion wang yang tidak dituntut. Jumlah ini tentu besar, bukan?

Ramai mungkin tidak sedar bahawa wang ini sebenarnya merupakan bayaran yang tidak diserahkan kepada individu dalam tempoh setahun. Ia mungkin termasuk gaji, komisen, elaun, cagaran, upah, simpanan, akaun semasa, akaun simpanan, dan banyak lagi.

Sebenarnya, banyak individu telah menggunakan sistem eGUMIS untuk menuntut wang yang tidak dituntut ini. Ada yang berjaya mendapatkan jumlah wang yang berbeza, ada yang mungkin berjumlah dua angka, tiga angka, malah ada yang sampai lima angka. Jumlah yang biasa diminta adalah RM 20, RM 50, dan lain-lain lagi.

eGumis Portal Semakan Duit Tak Dituntut

Dengan adanya portal eGumis, semua orang kini boleh menyemak duit yang tidak dituntut sekiranya ada. Kerajaan telah memperkenalkan portal eGumis ini melalui Jabatan Akauntan Negara Malaysia untuk memudahkan rakyat Malaysia membuat semakan duit yang tidak dituntut secara atas talian sahaja. Sangat mudah!

eGumis atau Electronic Government Unclaimed Money Information System adalah sistem yang dilancarkan untuk memudahkan proses semakan duit yang tidak dituntut. Sekali gus ia memudahkan masyarakat untuk claim duit mereka yang telah lama tersimpan. 

Selain daripada duit yang tidak kita ketahui seperti gaji, komisen dan pendapatan lain, duit daripada kad pengenalan yang boleh kita tuntut juga adalah duit Touch N Go yang kita masukkan ke dalam kad pengenalan. Jika dahulu kita ada masukkan duit untuk bayar tol menggunakan kad pengenalan, duit itu juga boleh dituntut jika kita tidak gunakannya lagi.

Terdapat cara yang perlu kita ikuti untuk tuntut semula duit yang tidak dituntut ini. Setiap individu yang mempunyai kad pengenalan boleh menyemak dan boleh daftar di sistem eGumis untuk semakan wang yang tidak dituntut.

  1. Layari laman sesawang atau portal eGumis di https://egumis.anm.gov.my/
  2. Jika anda belum pernah mendaftar, tekan di bahagian pendaftaran untuk buat pendaftaran pengguna secara atas talian. 
  3. Isi maklumat yang diperlukan untuk pendaftaran. Maklumat yang diperlukan adalah nama penuh, nombor kad pengenalan, emel, nama pengguna dan kata laluan.Klik bahagian Carian Wang Tak Dituntut untuk membuat semakan wang tidak dituntut menggunakan nombor kad pengenalan.  Setelah maklumat keluar di paparan, semak no kad pengenalan anda dengan betul dan lihat jumlah wang yang tidak dituntut.
  4. Setelah pendaftaran, pengguna akan menerima emel yang mengandungi kata laluan sementara. 
  5. Log masuk semula ke portal dengan menggunakan kata laluan sementara yang telah diberikan di emel pengguna. 
  6. Untuk mudah dan lebih baik, pengguna disarankan menukar kata laluan yang baharu supaya tidak lupa dan lebih mudah log ke portal pada masa yang akan datang. Gunakan kata laluan yang mudah anda ingat.
  7. Pengguna perlu mengemaskini maklumat pengguna di bahagian profile atau pengguna. Isikan maklumat penting yang diperlukan.
  8. Klik bahagian Carian Wang Tak Dituntut untuk membuat semakan wang tidak dituntut menggunakan nombor kad pengenalan.  Setelah maklumat keluar di paparan, semak no kad pengenalan anda dengan betul dan lihat jumlah wang yang tidak dituntut.
  9. Pengguna juga boleh mencetak maklumat tersebut untuk simpanan. Penting juga untuk melihat profil anda supaya pada masa akan datang, anda boleh mengemas kini semula maklumat diri sekiranya ada perubahan.
  10. Klik Teruskan Dengan Permohonan untuk terus tuntut duit anda secara online.
  11. Permohonan siap! Proses bayaran akan dibuat selepas segala dokumen sokong disahkan. Anda boleh semak status permohonan di portal yang sama, cuma perlu klik pada bahagian Senarai Permohonan.

Baca: Heboh UAI tak mampu kuasai bahasa Arab, Mufti Perlis nafi kritik, ini nasihat Dr Maza kepada pelajar bidang agama