CEO Starbucks dakwa perang Israel-Hamas rangkaian kopi itu diboikot, selain tanggapan salah di media sosial khususnya mereka yang daripada golongan yang menyokong Palestin serta pencinta keamanan.
Umum mengetahui sejak Starbucks mengumumkan pemberian dana serta sokongan terhadap Israel seluruh rakyat di pelosok dunia mula memboikot Starbucks.
CEO Starbucks, Laxman Narashimhan berkata individu yang protes terhadap Starbucks itu berhubung pendiriannya terhadap perang Israel-Hamas telah ‘dipengaruhi oleh fahaman yang salah di media sosial’.
Katanya, terdapat banyak rangkaian kedai kopi Starbucks yang terkesan dengan vandalisme serta keselamatan pekerja Starbucks turut dalam bahaya.
Selain itu, mereka turut mengakui terkesan dengan kempen boikot yang dijalankan negara-negara Arab.
Bukan sahaja di Malaysia, malah di negara luar termasuk Eropah turut menyaksikan penurunan pelanggan Starbucks di rangkaian kedai kami ini secara penduduk sejak berlaku peperangan melibatkan Israel dan Palestin baru-baru ini.
Menerusi laporan Bloomberg, saham Starbucks dilaporkan mengalami kemerosotan paling teruk sepanjang 31 tahun di mana syarikat ini telah rugi sebanyak RM55 bilion.
Di Malaysia, para pelabur dinasihatkan untuk menjual saham Berjaya Food akibat terkesan dengan impak boikot.