Memang benar banyak ilmu yang boleh dipelajari menerusi YouTube namun ada juga tak boleh diikuti seperti buat bom atau cetak wang palsu.
Namun yang salah itu juga menjadi pilihan ramai untuk dipelajari dan akhirnya membawa padah kepada diri sendiri.
Menurut lama berita TribunJatim, seorang penjual ayam di Malang, wilayah Jawa ditahan polis selepas didakwa mencetak dan menjual wang tunai palsu.
Lebih mengejutkan lelaki tersebut mengaku mencetak wang palsu selepas belajar mengenainya di YouTube.
Rangga kemudian menggunakan platform Facebook untuk menjual dengan pembayaran dibuat selepas ia sampai kepada pembeli.
Malah kegiatan Rangga itu turut dibantu oleh isterinya yang sanggup memotong helaian kertas wang palsu.
Pada masa sama, Rangga mendedahkan dia mencetak wang palsu itu untuk mendapatkan duit dengan lebih cepat.
Kantoi lepas pembeli guna di hotel
Seorang pembeli wang palsu itu, Inamul Hasan Abdullah ditangkap selepas disyaki menggunakan ia untuk bayar tempahan bilik hotel di Kalibokor, Surabaya..
“Saya berasa sangat menyesal. Apatah lagi selepas polis memberitahu bahawa membuat wang palsu (jika disabit kesalahan) boleh dihukum penjara 15 tahun,” katanya.
Rangga mengaku dia sudah mencetak wang palsu dengan nilai keseluruhan sebanyak 222 juta rupiah (RM66,687) sejak dua bulan lalu.
Baca juga: Dianggap penceroboh, 186 ‘tauke’ Musang King Pahang diarah kosongkan tanah