China lancar 11 peluru berpandu balistik ke Taiwan sebagai amaran

  • Post author:

Tentera China lancar 11 peluru berpandu balistik ke Taiwan sebagai amaran di sekitar perairan timur laut dan barat daya Taiwan sebagai tindak balas terhadap lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi ke Taiwan.

Kerajaan Jepun berkata, peluru berpandu China turut mendarat di perairan negara itu dan menggesa tindakan tersebut ‘dihentikan segera’.

Komando Teater Timur Tentera China dalam kenyataan menjelaskan latihan tersebut memberikan tumpuan kepada sesi latihan utama termasuk sekatan bersama, serangan sasaran laut, sasaran darat serta operasi kawalan udara.

Susulan itu, Kementerian Pertahanan Taiwan telah mengaktifkan sistem pertahanan dan memantau rapat situasi tersebut.

Kementerian Luar Taiwan menuduh China mengikut contoh Korea Utara dengan sengaja melancarkan ujian peluru berpandu berhampiran perairan negara lain.-BBC

Baca Juga: 80 pelombong haram rogol 8 wanita dihadapkan ke mahkamah

Baca Juga: ‘Lain kali siat dan tepek kulit perasuah’, orang ramai kecam selera T20 gantung kulit pak belang