Tular di laman sosial facebook seorang wanita yang berkongsi kisah anaknya yang tidak mahu ke sekolah kerana asyik bertanyakan soal cuti.
Pada mulanya wanita ini hanya menganggap anak hanya malas ke sekolah namun meleset tanggapannya apabila anaknya mengatakan tidak tahan digigit cikgu di sekolah.
Eyma Zaideen, mengatakan anaknya mahu menukar sekolah kerana tidak tahan apabila kerap digigit oleh seorang cikgu lelaki bernama cikgu Nor.
“Mama Abe Cik tak tahan dah nak gi skull Abe Cik nak tukar skull.. Cikgu selalu gigit bibir Abe Cik pastu dia tarik panjang panjang sakit sangat mama. Dah la gigi cikgu kuning dan mulut hitam Abe Cik geli..”
“Kadang cikgu gigit telinga dan hidung jugak.. harini dia gigit bibir dan hidung(kata abecik slang kelantan yang berumur 6 Tahun)”
Berang dengan pengakuan dibuat anaknya, wanita ini bertanyakan soal cikgu Nor kepada kakak dan abang mangsa yang bersekolah di tempat yang sama dan mereka juga mengakui perbuatan cikgu tersebut.
“jawapan dia ya memang cikgu Nor(JANTAN) famous kat sekolah suka gigit orang semua budak2 tengok dia akan lari ketakutan takot kena pegang and gigit..”
Wanita ini mendakwa ada cikgu di sekolah tersebut tahu akan perbuatan yang dilakukan guru terbabit dan hanya mentertawakan murid tersebut tanpa mengambil tindakan sewajarnya.
Wanita ini mengambil tindakan untuk berjumpa dengan pihak sekolah dan akan mendapatkan pembelaan sewajarnya untuk anak tercinta.
Baca juga: Ini 5 ‘pantang larang’ suami isteri untuk kekal lama yang ramai taktahu..