Terlalu mementingkan diri sendiri, seorang individu di Bournemouth, United Kingdom (UK) selamba ‘cop tempat’ dengan menggunakan dua petak parkir semata-mata untuk kawannya.
Namun, apa yang menyakitkan hati orang ramai rakannya hanya tiba di kawasan parkir berdekatan Boscombe Pier itu selepas dua jam.
Walaupun ramai orang menegur perbuatan individu itu dan rakan-rakannya yang ‘menyapu’ dua tempat letak kenderaan tetapi mereka tidak peduli, lapor Metro.
Penduduk dikenali sebagai Ryan Mortimer yang memuat naik gambar kereta itu berkata, dia telah membuat aduan kepada pihak berkuasa berhubung isu tersebut.
Namun, dakwanya, tiada tindakan diambil untuk menyelesaikan masalah di Boscombe Undercliffe Drive itu.
Tindakan individu tidak bertanggungjawab itu mengakibatkan ramai pelancong dan penduduk terpaksa berebut mencari tempat letak kereta di tepi pantai.
Baca juga Selepas bercinta empat tahun, majlis kahwin jadi mimpi ngeri
Baca juga Rapat terus ke bahu jalan, situasi kemalangan ini jadi perdebatan warganet