Cuba seludup minuman keras bernilai RM1.568 juta, siap isytihar sebagai barang dagangan

Cuba seludup minuman keras bernilai RM1.568 juta, siap isytihar sebagai barang dagangan. Usaha penyeludupan itu berjaya dipatahkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah dalam pemeriksaan di Pelabuhan Sepanggar, di sini, 29 Julai lalu.

Dalam operasi jam 10.50 pagi itu, tiga kontena terbabit dikatakan mengandungi minuman keras sebanyak 9,000 kotak yang dirampas dianggarkan bernilai keseluruhan RM1.568 juta termasuk cukai.

Penolong Ketua Pengarah JKDM Zon Sabah, Julaiman Soimin berkata, kejayaan adalah hasil daripada pemeriksaan yang dibuat menerusi mesin pengimbas terhadap ketiga-tiga kontena berkenaan.

Katanya, semua ketiga-tiga kontena berkenaan diisytiharkan sebagai barang dagangan lain termasuk tisu dipercayai bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Bagaimanapun, hasil imbasan imej yang meragukan, semua kontena berkenaan didapati berisi minuman keras yang dianggarkan bernilai RM658,000 dan membabitkan jumlah cukai RM910,000 juta.

“Setakat ini, tiada sebarang tangkapan dilakukan dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1967,” katanya.

Julaiman berkata, JKDM Sabah amat komited dalam usaha menangani sebarang aktiviti penyeludupan.

Baca Juga: Mahu biayai bisnes pokok ganja, pelajar universiti sanggup rompak kedai emas

Baca Juga: Sampah merata-rata, tandas kotor, taraf kebersihan lapangan terbang Pulau Pinang mengecewakan