Pasangan yang akan mendirikan rumah tangga sudah pasti mengharapkan sebuah majlis yang harmoni dan berjalan lancar. Ada yang sudah merancang berbulan-bulan lamanya bagi memastikan segala persiapan lengkap tersedia di hari bahagia nanti. Lain pulak jadinya oleh pasangan ini apabila pihak pengantin lelaki tiba lambat di rumah pengantin perempuan sewaktu akad nikah.
Hari bahagia yang sepatutnya menjadi memori indah hingga ke akhir hayat telah bertukar menjadi rusuhan keluarga. Menerusi video yang tular baru-baru ini, sebuah majlis pernikahan di Oimbo, Kota Bima, Indonesia dilanda kekecohan apabila pengantin lelaki ditendang oleh bakal bapa mentuanya kerana berasa marah ketika proses akad nikah berlangsung di hadapan tok imam dan ahli keluarga.
Kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk memulakan majlis pada pukul 10 pagi namun, pada hari akad nikah pihak pengantin lelaki tiba pada pukul 4 petang. Perkara ini menyebabkan bapa pengantin perempuan sangat marah.
Akibat dari kekesalan itu, wali kepada pengantin perempuan itu menyebut perkataan ‘bote’ yang bermaksud monyet dalam Bahasa Bima selepas mengucapkan kalimah syahadah. Mendengar ucapan itu, seorang wanita yang merupakan anggota keluarga pengantin lelaki itu menegur perbuatannya yang dikatakan melampau.
“Apa lagi yang tidak puas hati? Kenapa mahu timbulkan masalah dengan menggelar pengantin lelaki sebagai monyet. Tolong hormati keluarga kami,” kata wanita itu.
Dek kerana teguran itu, bapa pengantin perempuan tiba-tiba mengamuk serta bangun dari duduknya dan menendang wajah pengantin lelaki di hadapannya itu. Bukan itu sahaja, suasana bertukar menjadi riuh dan kecoh kerana masing-masing ingin mempertahankan air muka keluarga mereka.
Akibat dari kejadian tersebut, pernikahan pasangan itu sehingga kini tidak harmoni. Lebih mengejutkan pasangan pengantin itu tidak tinggal sebumbung dan pihak pengantin lelaki telah melaporkan perkara berkenaan atas dakwaaan penganiayaan.
Susulan dari perkongsian itu, netizen kesal kerana bapa pengantin perempuan itu menggunakan kata-kata yang tidak sepatutnya di akhir khalimah syahadah dan tidak perlu bertindak berlebihan namun masih bersetuju kerana pihak pengantin lelaki tidak sepatutnya lambat di hari penting sebegitu.
Baca juga: https://themalaysialife.com/maybank-dilanda-krisis-kewangan-terbesar/