Tidak sah dan tidak diiktiraf untuk digunakan dalam negara kini adalah darjah kebesaran, pingat, atau bintang kehormatan yang diterima oleh seseorang warganegara dari negara luar tanpa perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Ia susulan terlampau banyak kes penyalahgunaan gelaran yang digunakan buat masa kini.
Presiden Majlis Datuk Malaysia Datuk Awalan Abdul Aziz turut menyatakan kesemua negeri di negara ini perlu patuh pada Akta 787 untuk menghentikan penyalahgunaan gelaran dari mereka yang memakai anugerah asing tanpa perkenan Yang di-Pertuan Agong.
“Hanya Yang di-Pertuan Agong, Sultan dan Yang Dipertua Negeri yang boleh memberi anugerah yang sah kepada seseorang individu,” katanya seperti dilapor Bernama.
Beliau menyatakan bahawa ketika ini, penguatkuasaan Akta tersebut yang diwartakan sejak 2018 masih belum dilakukan secara menyeluruh, disebabkan terdapat negeri-negeri yang belum menerima pakai atau menggubal enakmen serupa di peringkat negeri masing-masing.
“Mereka yang melakukan kesalahan di bawah akta itu, boleh dikenakan denda maksimum sehingga RM500,000 dan penjara maksimum 20 tahun, mengikut tahap keseriusan kesalahan yang dilakukan,” katanya.
Baca juga: Dakwaan Forest City lulus pusat kasino tuduhan liar, ini amaran MB Johor