Johan sebelum ini boleh dikatakan sinonim dengan JoHaRa pagi Era, segmen pagi yang menjadi pilihan ramai dek lawak mereka bertiga yang sentiasa mencuit hati.
Keputusan Johan untuk meninggalkan Era dan menerima tawaran di Hot FM pasti mengejutkan ramai namun jika ditawarkan dengan gaji yang lebih tinggi di saat ekonomi sebegini, pastinya ramai yang tak akan berfikir dua kali.
Johan atau nama sebenar Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz, 38, bakal bergandingan dengan Fara Fauzana dan AG dalam segmen Bekpes Hot, HaHaHa-Ngat, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 hingga 10 pagi, lapor Kosmo.
Dakwa dapat bayaran RM500,000
Susulan itu, ramai yang bertanyakan mengenai penghijrahannya ke stesen radio Hot FM telah dibayar dengan jumlah tinggi yang didakwa mencecah RM500,000.
“Soal bayaran saya no comment.”
Bagaimanapun, pelawak itu mengakui dia bekerja untuk duit dan akan memastikan bayaran yang diberi kepadanya adalah berbaloi dengan hasil kerja yang dilakukannya.
“Sebab itu saya tak peduli, saya datang dengan ‘barang’ (pengalaman dan pengetahuan) saya, kita buat ini, buat itu.
“Minta maaf cakap, saya agak tegas dengan AG dan Fafau.”
Pikul tanggungjawab yang besar
“Memang tanggungjawab besar. Dalam perkara ini, dua saja kalau berjaya mampu, kalau tak ‘mampus’.”
Baginya, dia cuba untuk menggunakan segala pengalaman dan pengetahuan berkenaan radio, walaupun tidak mempunyai pengetahuan mengenai segala mesin yang berada di konti.
Dalam pada itu, Johan berharap pembabitannya sebagai ahli keluarga baharu Hot FM dapat memberikan perubahan kepada stesen radio itu.
Baca Juga: Amber Heard dijangka jual rumah bernilai RM4.67 juta untuk bayar saman lebih RM36 juta pada Depp