Didakwa menciplak hasil karya syarahan yang pernah menjadi juara dunia pada tahun 2011 akhirnya tuan punya tubuh badan tampil memberi penjelasan.
Sebelum itu, pempengaruh ini di TikTok yang mendakwa dirinya digugurkan dari Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2023 bagi kategori Ikon Belia Influencer (Media Sosial).
Bagaimanapun, perkara itu telah pun diselesaikan bersama pihak KBS dan Zhiddin Aziz juga telah pun bertemu dengan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli.
Hari ini tular sebuah lagi video yang memaparkan Zhiddin didakwa menciplak karya syarahan yang pernah menjadi juara dunia pada tahun 2011.
Difahamkan melalui perkongsian TikTok @khairulafsan yang merupakan jurulatih pengucapan awam pada ketika itu dan dia sendiri membuat teks itu bersama peserta pertandingan tersebut.
Menerusi video itu, dapat dilihat teks yang digunakan oleh Zhiddin itu salin tak tumpah dengan apa yang dibacakan oleh juara dunia pada tahun 2011 yang dikenali sebagai Amirudin Abd. Rahman.
Ekoran itu, Zhiddin tampil menerusi ruangan komen kelihatan influencer terkenal itu memohon maaf berkenaan isu tersebut dan memberitahu dia sendiri sebelum ini tidak tahu dari mana asal-usul teks tersebut dan hanya ‘mengikut’ orang di sekelilingnya sahaja.
“Maaf tuan seikhlas hati hnya menyambut bahasa ilmu, sejujurnya tidak tahu siapa pemilik kerana ayat ni sering diguna orang sekeliling saya.
Maka saya sering berpesan kepada yang bertanya. ‘Saya banyak belajar peribahasa dan ayat yang ada dari orang sekeliling’.
Sentiasa menceritakan proses alami saya sangat bahagia apabila dapat tahu mana datang pokok puncanya. Saya pasti akan terus ingat nama abg untuk jadikan rujukan. Terima kasih abg kerana terus mewarnakan bahasa ilmu dalam kalangan saya dan rakan-rakan,” tulisnya.
Selain itu, Zhiddin juga memberitahu dia akan memadamkan video tersebut dan jika dia ingin memuat naik semula dia akan mention pemilik asal teks tersebut.
Baca juga: Ac Mizal didakwa dah lupakan anak, akhirnya bekas isteri buka mulut bersuara