Tunjuk gelas Starbucks ketika bersiaran, pembaca berita ini dipecat serta merta

Dipecat gara-gara pembaca berita ini minum air kopi Starbucks dan dipamerka di hadapan penonton yang menyaksikan berita.

Pembaca berita wanita di Turkiye dipecat selepas dia muncul dengan secawan kopi Starbucks di atas mejanya

Stesen televisyen TGRT Haber itu lalu bertindak memecat beliau yang didakwa dia adalah penyokong Starbucks.

Berita MailOnline semalam melaporkan Meltem Gunay dilihat menyampaikan berita pada Ahad lalu iaitu sebelum sambutan Krismas dengan secawan kopi itu diletakkan di atas meja sehingga menyebabkan penonton mengkritiknya.

Jenama kopi itu kini diboikot oleh aktivis-aktivis pro-Palestin kerana ia didakwa menyokong Israel dalam perang menentang Hamas di Gaza, Palestin yang bermula sejak 7 Oktober lalu.

Namun, Gunay bersama pengarah segmen berita telah ditamatkan perkhidmatan kerana iklan Starbucks dilarang sama sekali di stesen televisyen tersebut.

TGRT turut mengutuk sekeras-kerasnya tindakan mereka dan menyatakan bahawa stesen penyiaran itu memahami sensitiviti rakyat Turkiye berhubung situasi di Gaza.

Menurut TGRT yang menulis di platform X: “Dalam siaran berita TGRT Haber TV bertarikh 24.12.2023, Meltem Gunay yang merupakan seorang pembaca berita dilihat menyampaikan berita dengan secawan (kopi) Starbucks di hadapannya .

“Selaras dengan prinsip stesen kami, pengacara dilarang sama sekali membaca berita TGRT dengan cara mengiklankan mana-mana syarikat, walaupun secara tersirat.

“Pembaca berita dan pengarah yang bertindak bertentangan dengan prinsip ini telah ditamatkan (perkhidmatan).

Mulai sekarang, institusi kami akan terus berdiri bersama rakyat Palestin dan Turkiye serta melindungi sensitiviti mereka.

Baca juga: Kecoh ikan haruan besar-besar bas naik sendiri ke darat, “rezeki budak bersunat ni!”