Doktor dedah maklumat pesakit HIV demi ‘content’

Doktor dedah maklumat pesakit HIV demi ‘content’. Tular di media sosial mengenai seorang doktor yang mendedahkan maklumat peribadi pesakitnya.

Doktor tersebut berkongsi mengenai salah seorang pesakitnya yang telah meninggal dunia akibat dijangkiti HIV.

Dalam untaian tweet yang kemudiannya dipadam itu, doktor tersebut turut memaparkan rekod perubatan dan memaklumkan sejarah perubatan pesakit berkenaan kepada umum.

Namun apa yang menjadi bahan bualan netizen adalah apabila doktor tersebut turut mendedahkan nama penuh pesakit yang dijangkiti HIV berkenaan di media sosial.

Berikutan itu, rata-rata netizen menganggap doktor tersebut terlalu mengejar ‘clout‘ untuk pengisian media sosial demi populariti dan sebagainya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menggesa agar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil tindakan kepada mana-mana doktor yang mendedahkan maklumat sulit pesakit kepada orang awam di mana ia boleh menjejaskan nama baik seseorang itu.

Dalam pada itu, ada juga yang meluahkan rasa simpati dengan pesakit HIV berkenaan yang dilaporkan telah meninggal dunia dan berharap agar pengamal perubatan di luar sana lebih beretika dalam menyampaikan sesuatu info di media sosial.

Tidak salah memberi maklumat mengenai penyakit tersebut atas tujuan mengajar, namun hormatilah data peribadi pesakit tersebut apatah lagi apabila pesakit tersebut sudah meninggal dunia.

Baca Juga: Dipecat kerana serangan panik akibat kejutan hari jadi, lelaki dapat pampasan RM1.9 juta