Doktor Korea Selatan kata kalau sesiapa belum pernah dijangkiti Covid-19, dia tak ada kawan

Mungkin benar, atau mungkin hanya mahu menyedapkan hati mereka yang dah pernah dijangkiti Covid-19, seorang doktor Korea Selatan berkata, jika sesiapa belum pernah dijangkiti Covid-19, dia tidak mempunyai ramai kawan.

Kenyataan itu jika dibaca, agak mencuit hati. Bagaimanapun ia dilapor telah dipadam dari hantaran Facebook doktor berkenaan selepas menerima banyak kecaman dari netizen mereka di Korea.

Naib Presiden Persatuan Vaksin Korea,, Ma Sang-hyuk menulis dalam catatan media sosial pada 16 Mac bahawa mereka yang belum dijangkiti Covid-19 kerana tidak mempunyai rakan.

“Orang dewasa yang belum dijangkiti Covid-19 adalah mereka yang mempunyai masalah hubungan,”.

Selepas menerima tindak balas negatif daripada warganet, Ma memilih untuk memadam siaran tersebut; Namun, kenyataan itu telah pun ditangkap layar dan dikongsi secara meluas.

Ma sebelum ini menyokong untuk ‘hidup bersama wabak’ dan meminta orang ramai untuk fokus pada rawatan Covid-19 dan bukannya peraturan penjarakan sosial.

Doktor itu memberitahu saluran berita tempatan bahawa rujukannya kepada “masalah interpersonal” bertujuan untuk menekankan bahawa jangkitan Covid-19 tidak dapat dielakkan bagi mereka yang mempunyai hubungan.

Pada 6 Februari, Wall Street Journal melaporkan satu ciapan oleh pakar Penyakit Berjangkit Brenda Crabtree dari Mexico, yang mengeluarkan kenyataan serupa dengan Ma, “Jika anda tidak mempunyai rakan yang dijangkiti sekarang, anda tidak mempunyai kawan.”

Saya rasa dia baru dapat Covid-19 dan cuba sedapkan hati sendiri

 

Baca juga: https://themalaysialife.com/6-resipi-mudah-buat-orang-bujang-malulah-kalau-masih-tak-reti-masak/

Baca juga: https://malaysiadateline.com/bantuan-lampin-pakai-buang-dewasa-bantu-ringankan-beban-rakyat/

COMMENTS