Doktor terdiam wanita mahu jumpa bidan lepas mengandung luar rahim, ingat boleh masukkan balik dalam rahim. Kalau boleh masukkan balik, mesti doktor tu sendiri dah buat, dia tak akan suruh buang janin tersebut.
Baru-baru ini, satu perkongsiaan seorang pegawai perubatan swasta, Dr. Ahmad Samhan di akaun Twitternya menceritakan bahawa ada seorang wanita 20-an pada awalnya mengadu sakit perut hingga pergi ke bahagian kecemasan.
Difahamkan, wanita itu pada mulanya ingatkan keracunan makanan tetapi didapati positif apabila membuat ujian kehamilan.
Namun, apabila membuat ultrasound, rahim wanita itu kosong dan apabila beralih ke sebelah kanan, ada bengkak di kawasan tiub fallopian dan ‘free fluid’ di rongga badan.
Menurut Kosmo, wanita itu disahkan mengandungkan luar rahim dan perlu jalani pembedahan dengan segera.
Ibu mahu bawa balik jumpa bidan
Apa yang membuatkan doktor itu berasa terkejut apabila si ibu meminta wanita terbabit pulang ke kampung halaman untuk berjumpa dengan bidan untuk mengurut yang kononnya akan membetulkan semula kandungan untuk masukkan ke dalam rahim.
Selepas diyakin untuk membuat pembedahan dan hasilnya mendapati wanita itu kehilangan darah hampir empat liter serta dapat diselamatkan, namun kandungan dan tiub fallopion di sebelah kanannya terpaksa dibuang.
Baca Juga: Jangan guna sabun dekat ‘Miss V’, tak bagus untuk kesihatan faraj
Baca Juga: Pelanggan sapu habis ayam mentah sampai dua troli