Duda maut jatuh tingkat 4 selepas suami kekasih pulang mengejut

Duda maut jatuh tingkat 4 selepas suami kekasih pulang mengejut. Mangsa dikatakan nekad melarikan diri dari rumah kekasihnya dengan berpaut pada seutas dawai ampaian selepas menyedari suami kekasihnya pulang.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di sebuah pangsapuri di Bemban, Jasin. Dalam kejadian kira-kira 11.47 pagi itu mangsa berusia 46 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Memetik Harian Metro, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan berkata, saksi iaitu kekasih si mati berusia 37 tahun yang tinggal bersama tiga anak mendakwa lelaki itu datang ke rumahnya pada 12 tengah malam tadi selepas suaminya keluar dan bermalam di situ.

Katanya, sekitar jam 10.30 pagi semasa pasangan itu berada di ruang tamu, tiba-tiba suami saksi pulang ke rumah dan menyedari kehadiran si mati.

“Suami saksi bertindak mengunci pintu jeriji hadapan rumah menyebabkan pasangan itu terperangkap dan menghubungi polis.

“Walaupun saksi meminta berunding dengan suaminya, namun lelaki itu yang juga peniaga nekad melarikan diri dengan mengikat seutas dawai ampaian di besi palang di bahagian koridor untuk berpaut turun.

“Wanita itu yang berada di ruang tamu hanya melihat si mati dari jauh sebelum terdengar bunyi dentuman di luar koridor,” katanya.

Mispani berkata, sebaik melihat ke bawah wanita itu mendapati lelaki berkenaan tertiarap di atas tanah dan tidak bergerak.

“Pemeriksaan fizikal dilakukan ke atas mayat si mati yang lengkap berpakaian itu mendapati terdapat kesan tanah dan darah di bahagian muka dipercayai dia jatuh tersembam selain lengan kirinya juga patah,” katanya.

Cari bekas kekasih selepas bercerai

Mengulas lanjut kata, saksi memberitahu mereka berkenalan pada 2005, namun berpisah dan masing-masing mendirikan rumah tangga.

“Pada 2017 si mati bercerai dengan isterinya sebelum mencari semula saksi untuk menjalin semula hubungan walaupun mengetahui wanita itu sudah berkahwin.

“Mereka menjalinkan hubungan secara sembunyi tanpa pengetahuan suami saksi,” katanya.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Jasin untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya.

Tambahnya, kes kini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Kalau masing-masing sudah mempunyai keluarga, tak perlu mencari cinta lama untuk wujudkan perasaan zaman muda. Bila dah berusia dekatkan diri kepada tuhan, bukan kepada maksiat.

Baca Juga: Lelaki 90 tahun kahwini bekas kakak ipar, jarak usia 62 tahun bukan penghalang

Baca Juga: Berilah pampasan sekurang-kurangnya RM1,000 sekaki persegi untuk Kg Sg Baru