Duit boleh buat beli rumah, Shila Amzah kesal saman wartawan 7 tahun lepas

Duit boleh buat beli rumah, Shila Amzah kesal saman wartawan 7 tahun lepas. Penyanyi lagu ‘Patah Seribu’ itu menyesal dengan tindakan menyaman sekumpulan wartawan pada tahun 2015.

Menurutnya dalam temubual di Melodi TV3, dia sendiri merasakan ia satu pembaziran kerana jumlah wang dihabiskan untuk turun naik mahkamah sebenarnya boleh membeli sebuah rumah.

“Sejujurnya saya cuma dapat kebebasan untuk buat apa yang saya nak dalam tiga ini. Apa yang berlaku lepas, saya nak cakap itu bukan keputusan saya. Saya bukan menidakkan jasa ibu bapa saya membesarkan dan melindungi saya.

“Saya pun berada dalam keadaan tertekan dalam ruang peribadi saya. Kalau saya boleh balikkan waktu. saya takkan pergi sampai mahkamah. Saya takkan bazirkan duit, bazir masa saya.

“Saya habiskan jumlah yang saya beli rumah dengan turun naik mahkamah. ia satu pembaziran masa dan wang,”katanya.

Shila dalam temubual menyatakan sekiranya memiliki kebebasan ketika itu, dia ingin selesaikan konflik bersama media sebaiknya.

“Malangnya mereka tida hubungan secara lansung dengan saya, tak ada nombor saya nak tanyakan sendiri sebelum mereka tulis sesuatu. Masa itu kalau saya ada ruang, memang saya akan nafikan.

“Memang keputusan itu bukan keputusan saya. Semestinya saya masih muda ketika itu, saya beremosi, tak boleh keluar, tak boleh kawan dengan sesiapa yang saya nak. Dikawal rapi.

“Apabila sudah ada dalam industri selesaikan dengan cara baik. Saya mohon maaf sangat, tak nak hidup dalam dendam dan pergi acara pun rasa best saja.

Shila berkata pengalaman itu menjadi episode terburuk dalam hidupnya dan tidak sanggup berdendam dengan sesiapa. dia juga berharap proses berbaik dan kembali menjernihkan hubungan dengan pihak media selepas ini belaku secara semulajadi.

Pada tahun 2015, Shila menyaman akhbar Kosmo selepas laporan mengenainya membuat persembahan dengan tajaan sebuah syarikat judi. Dia bagaimanapun kalah dalam kes itu dan diperintahkan membayar kos sebanyak RM20,000 kepada Kosmo selaku defendan.

Baca Juga:
Baca Juga: ‘Bola besar’ Puteri Umno cabar Ismail Sabri