Tugas seorang suami selepas bernikah adalah menyediakan tempat tinggal yang sesuai untuk anak isteri menumpang teduh dan mengelakkan menumpang di rumah mertua sendiri.
Namun kerap kali kita mendengar kisah anak menantu yang suka menyusahkan ibu bapa walaupun sudah berkahwin dan hakikatnya mereka perlu berdikari sendiri walau sesusah mana pun masalah yang menimpa.
Wanita ini berkongsi kisahnya dimana anak menantu tidak mahu duduk berasingan dan hanya mengharapkan dirinya dalam menyediakan segala keperluan baik makanan mahupun pengasuhan anak mereka.
Saya cukup hairan mengapa ramai lelaki tidak mahu bertanggungjawab beri nafkah kepada anak-anak mereka? Sebaliknya mendakwa kerana mereka telah bercerai maka tugas bagi nafkah jadi tanggungjawab bekas isteri, bukan mereka.
Bukankah setiap pasangan yang hendak berkahwin mesti menghadiri kursus perkahwinan seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam. Apakah bakal suami ini tidak diberitahu siapa wajib bagi nafkah anak-anak? Dan bukankah anak itu amanah Allah?
Sebenarnya apa yang cuba saya ceritakan di sini berkaitan dengan nafkah juga, bukan nak mengumpat, tetapi ceritakan hal sebenar masalah kebanyakan lelaki Melayu bukan pada zaman ini sahaja, malah sejak dulu lagi.
Mereka memang tidak mahu bertanggungjawab beri nafkah anak-anak baik sebelum mahupun selepas bercerai. Saya tak mahu cerita pasal orang lain, tetapi keluarga saya sendiri. Menantu saya memang tidak mahu bertanggungjawab kepada isteri dan anak-anaknya sendiri.
Memang pelik, tetapi inilah yang berlaku. Bukan saya nak burukkan menantu, tetapi menceritakan hal sebenar. Untuk memudahkan pembaca paham, biar saya cerita dari awal. Saya ada empat orang anak yang saya besarkan di KL inilah.
Dulu memang kami datang dari kampung, tetapi berkat sepakat dan mahu bekerjasama, kami dapat beli rumah sendiri walaupun kecil. Tetapi kebahagian mula terhakis selepas kami terima menantu pertama. Sebelum berkahwin lagi saya nasihatkan anak perempuan saya, Zeze supaya cari rumah sewa.
Sebab kami cuma ada tiga bilik, kalau mereka duduk rumah kami, macam mana hal anak – anak lain? Akhirnya anak lelaki mengalah, dia keluar menyewa rumah dengan kawan. Nasib baik, anak ketiga saya masih belajar dan duduk di asrama, tetapi bila dia balik, rumah kami jadi padat.
Setiap kali saya suruh Zeze cari rumah sewa, dia bagi alasan susah dapat rumah yang sesuai. Kalau ada, mahal pula. Nak sewa tak mampu. Saya suruh cari rumah flat pun dia bagi alasan tak ada rumah kosong. Dipendekkan cerita anak lelaki nak kahwin, nasib dia guna otak cari rumah sewa sebelum kahwin.
Lepas nikah terus pindah. Nak jadi cerita bila besan dan adik menantu datang nak tidur rumah kami, mana ada bilik, tetapi katanya dia boleh tidur di ruang tamu. Aduh!! Masalahnya macam mana dengan anak d4ra suntinya, tentu payah nak tukar pakaian.
Rupa-rupanya, mereka memang tak kisah. Kita pula segan bila terpandang dia nak tukar pakaian dan suka tidur depan tv. Akhirnya ruang tamu dimonopoli oleh besan dan anak d4ra suntinya, hinggakan suami nak menontan TV pun terhalang.
Masalahnya dia suka sangat datang ke rumah kami. Dua bulan sekali wajib datang. Kecoh memang kecoh. Itu bab rumah sempit. Bab menantu kedekut pun lagi teruk. Bilik nak ada aircond, ada kipas lagi, tetapi bab nak bayar bil eletrik berkira.
Bayangkan sebulan anak saya beri RM400, mana cukup? Nak bayar bil eletrik, makan minum mereka lagi dan harga barang makan sekarang bukan murah. Kalau saya masak ala kadar, menantu tak mahu makan. Apa dia ingat RM400 tu besar ke? Memang tak cukup.
Bil eletrik saja mencecah RM300 sebulan. Memang bukan dia guna seorang. Puas saya suruh anak pindah, dia tetap kata susah nak dapat rumah sewa yang dia termampu. Lagi mend3rita bila dapat anak. Saya suruh buat aqiqah anak, dia bertangguh lagi, dari bulan ke bulan, hingga umur anak dah setahun pun aqiqah belum buat lagi.
Kemudian menantu kata aqiqah tak penting. Akhirnya kerana cucu, saya buat aqiqah juga. Saya jemput 50 orang, buat kenduri kecil jemput jiran dan keluarga terdekat tetapi keluarga menantu datang lebih 30 orang. Kerana malu tak cukup makan, suami terp4ksa beli nasi biryani tambahan untuk 30 orang.
Memang s4kit. Menantu buat pekak badak dan buta perut aja, dia tak mahu keluar duit untuk beli makanan tambahan untuk keluarganya yang tak cukup makan. Awalnya saya minta anak bagi duit untuk beli biryani. Dia kata tak ada duit sebab semua gajinya suami simpan kerana mereka nak beli rumah.
Berdetup jantung hati saya! Saya mula merasakan kehidupan anak saya tidak akan selamat akhirnya nanti. Tapi saya sabar. Saya desak anak supaya segera pindah sebab adiknya perempuan nak kahwin, tentu dia nak gunakan bilik.
Zeze masih minta saya bersabar, katanya kalau boleh dia pindah selepas bersalin. Terk3jut saya sebab waktu itulah adiknya nak bertunang dan berunding nak nikah. Zeze susah hati kalau pindah siapa nak jaga anaknya, siapa nak siapkan makan minum untuk suaminya, siapa nak cuci pakaian, siapa nak tolong dia waktu dalam pantang nanti.
Zeze menangis minta saya sabar sebab selama ini sayalah yang selesaikan masalah tersebut. Dia tahu balik kerja terus makan. Tetapi saya tak boleh sabar lagi. Banyak benda perlu saya uruskan bila nak buat kenduri kahwin adiknya nanti.
Selepas berbincang dengan suami, akhirnya kami sepakat carikan rumah sewa untuk Zeze sebab kami mahu dia segera pindah. Sebab urusan pertunangan, pernikahan dan majlis kahwin adiknya perlu kami atur dari awal.
Kami tak ada duit nak sewa dewan, kami nak buat depan rumah aja, biar kecil asalkan majlis berjalan lancar. Dengan pertolongan Allah, kami dapat carikan rumah sewa untuk Zeze, mahu ke tidak mereka kena pindah. Kalau tak sesuai cari rumah lain, buat sementara mereka kena pindah.
Kami terp4ksa bayarkan deposit sewa dua bulan tak masuk deposit utiliti, mereka mesti pindah. Masam muka menantu bila kami p4ksa mereka pindah. Tiga hari mereka tak bertegur dengan kami, tapi saya tak peduli. Dia mesti bertanggungjawab.
Kalau mereka tak mahu bawa keluar perkakas rumah, kami tak kisah, asalkan mereka pindah bawa pakaian pun jadilah. Bilik itu akan kami kosong dan bersihkan untuk jadi bilik pengantin. Oleh kerana naik motor aja, Zeze terp4ksa cari orang untuk jaga anaknya.
Itu urusannya, saya tak boleh bantu sebab sibuk dengan urusan menjemput saud4ra mara. Ketika dalam pantang, saya cadangkan Zeze minta bantuan mertuanya sebab mereka memang suka berjalan ke KL. Jadi bolehlah jaga Zeze dan anaknya.
Malangnya mertuanya kata sibuk, kalau datang sehari dua ok sebab ayam itik tak ada siapa nak jaga. Tetapi dulu di rumah saya dia pernah duduk seminggu, tak ada pula masalah tinggalkan ayam itik. Selepas tiga bulan adiknya kahwin. Zeze merayu nak balik duduk di rumah kami semula. Tapi saya tolak.
Cukuplah selama ini saya membantu mereka suami isteri, sekarang mereka mesti berdikari dan telan semua masalah yang dihadapi. Saya tahu Zeze nak balik ke rumah sebab suaminya tak membantu. Sekarang baru mereka tahu betapa susahnya nak hidup, kalau dulu dia bagi saya RM400 sebulan, sekarang sewa rumah RM600 dia kena sediakan, belum masuk bil utiliti, belanja makan minum, susu dan lampin anak dan upah pengasuh.
Dan saya terk3jut bila Zeze beritahu suaminya sering meng4muk kerana tak cukup duit. Sedangkan selama ini duit gaji Zeze dia yang ambil. Jadi mana silapnya kalau mereka tak cukup duit? Sejak berkahwin lebih empat tahun dan ketika duduk di rumah kami, Zeze dip4ksa serahkan duit gajinya pada suami. Alasannya suami nak simpan.
Sekarang baru pindah dua tahun, mereka sering bertengk4r kerana masalah duit. Mana perginya duit gaji Zeze yang dia simpan selama ini. Janji nak beli rumah, tetapi selepas enam tahun masih belum beli rumah lagi.
Sekarang Zeze disuruh berhenti kerja, kena jaga anak sendiri sebab suami tak mampu bayar upah pengasuh anak. Tetapi saya tegah, sebab kalau berhenti hidup Zeze lebih mend3rita lagi. Sekarang pun suaminya selalu balik lewat.
Nasib rumah pengasuh dekat tak perlu suami pergi ambil, kalau tidak lagi siksa hidup Zeze. Saya nasihatkan Zeze urus duit gaji sendiri, tak perlu bagi suami. Tentu Zeze boleh urus rumahtangga lebih mudah dan tak perlu peningkan kepala suami, tetapi suaminya bantah. Alasannya duit gaji tak cukup.
Pada saya, kalau selalu keluar malam lepak dengan kawan, gaji RM10K pun tak cukup. Yang penting mesti jujur dengan keluarga dan pandai menguruskan kehidupan berkeluarga. Tapi jika kedekut, pentingkan diri sendiri dan suka enjoy dengan kawan, mungkin kahwin dengan anak raja atau anak jutawan sahaja baru cukup duit.
Setiap lelaki mesti tahu tanggungjawab kepada keluarganya, jangan terlalu kedekut kerana ada niat tersendiri. Kepada pembaca jika dapat menantu seperti saya, jangan manjakan menantu berlebihan akhirnya hidup kita sendiri mend3rita. Sebaliknya latihlah mereka berdikari, untuk bina kehidupan keluarga mereka sendiri.
Baca juga: “Tabur gula je!”- Lelaki ini kongsi tips simpan udang lama, kekal ‘manis’ walaupun dibiar berbulan