Dunia akhir zaman, platform e-dagang digunakan untuk puaskan nafsu syaitan

Platform e-dagang digunakan untuk memudahkan urusan pembelian terutamanya selepas pandemik berlaku. Namun ada sesetengah pihak yang salah menggunakan platform ini demi memuaskan nafsu mereka sahaja.

Tular di media sosial baru-baru ini mengenai satu iklan di platform e-dagang yang didakwa netizen sebagai tidak masuk akal kerana telah menjual seorang kanak-kanak sebagai ‘bahan’ pemuas nafsu lapor BeautifulNara.

Dalam hantaran itu, individu itu telah memuat naik satu tangkap layar memaparkan seorang kanak-kanak lelaki telah dijual dengan harga RM6,942.

Manakala di bahagian maklumat lanjut, kanak-kanak itu dijual sebagai bahan untuk onani selain harganya yang boleh dirunding.

Bukan sahaja kanak-kanak lelaki itu, malah seorang bayi juga turut dimuat naik dalam iklan tersebut.

Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen tampil memberikan pelbagai respon yang kebanyakannya tidak bersetuju dan terganggu dengan iklan berkenaan.

Perkara sebegini tidak boleh dianggap bergurau apatah lagi yang menjadi mangsa adalah mereka yang dibawab umur malah mungkin tidak sedar video di ambil untuk tujuan melunaskan nafsu syaitan sesetengah orang.

Baca Juga: Ingatkan hilang semasa bercuti, rupanya masuk hospital sakit jiwa

Baca Juga: Pelancaran kapal LCS belum siap kerajaan tipu Sultan Perak, Raja Permaisuri dan rakyat