Empat mitos yang anda perlu tahu tentang isi minyak kereta

Empat mitos yang anda perlu tahu tentang isi minyak kereta. Antara mitos yang paling terkenal di kalangan semua orang tidak kira pangkat umur adalah jangan isi minyak semasa waktu panas.

Antara tips-tips mitos yang dikongsikan oleh Danial ini ternyata ada juga logiknya, bahkan beliau juga berkongsikan petua yang sebenar-benarnya kalau nak jimatkan minyak kenderaan anda.

Mitos Pengisian Minyak

1. Jangan Isi Minyak Waktu Tangki Tengah Loading

Jangan isi minyak waktu tanker tengah loading dekat stesen minyak. Kononnya, nanti minyak kat stesen tu berkeladak. Semua pump ada in-line filter. Kotoran ni akan tertapis dulu sebelum masuk kereta korang.”

2. Isi minyak waktu cuaca tak panas. Kononnya cuaca sejuk, minyak lagi tumpat, tak rugi minyak

Gasoline ini memang mudah meruap namun setakat fluctuation cuaca 10-20 C ni, volumetric expansion dia tak banyak. Paling banyak anda akan jimat adalah 2 sen.

Kena ingat, minyak pulak disimpan bawah tanah. Suhu lebih malar (constant). Jadi jangan risau anda boleh isi minyak tidak kira waktu, ia tidak menunjukkan perbezaan yang terlalu ketara.

3. RON97 lebih power daripada RON95. Tidak benar ye kawan-kawan

Cuma RON97 lebih resistant to knocking. Kereta standard seperti proton, honda, toyota,boleh guna RON95 sahaja. Kecuali anda menggunakan kereta Mazda terutama yang ada SkyActiv.

Mazda SkyActiv ni, engine dia ada high compression ratio. Tendency untuk knocking tu tinggi, terutamanya bila jalan jauh. Selain daripada Mazda, tak kira la Nissan R35 ke, Lotus Evora ke, Lamborghini Gallardo ke, gunalah RON95.

4. Isi angin pakai Nitrogen boleh jimat minyak… Tolonglah jangan percaya

Siapa pakai Perodua, mesti kat service center minta isi angin pakai Nitrogen. Kena charge pulak tu, tolonglah jangan percaya. Udara biasa pun 78% Nitrogen weyh. Isi je angin kat pump petronas tu.

Tips Nak Jimatkan Minyak

Semak ‘pressure’ tayar

Yang pertama, check pressure tayar kereta. Ini mustahak. Manufacturer akan letak recommended pressure. Kalau nak jimat lebih minyak, tambah 2-4 psi extra. Kalau nak handling sedap, kurangkan 2-4 psi.

Minyak hitam tukar selalu

Kedua, pastikan minyak hitam selalu tukar. Kalau malas nak servis sekalipun, setiap  10ribu-15ribu km, tolong tukar minyak hitam bersama oil filter. Ini memastikan engine untuk running smooth.

Aircond. Yang punat biru tu, jangan letak full.

Ketiga, aircond. Yang punat biru tu, jangan letak full. Ini extra load kepada engine, boleh burn more fuel. Kalau boleh, turunkan tingkap, tak perlu gunakan aircond. Tapi Malaysia kan panas, kena realistik sikit. Letak pada tahap keselesaan minima okay?

Pandu & berhenti secara beransur-ansur

Keempat, drive and stop secara beransur-ansur. Ini antar tipp penjimatan paling unggul. Pastikan anda accelerate slowly, and retard slowly, dengan cara ini enjin akan menggunakan minyak yang kurang.

Kurangkan RPM

Kalau memandu di atas highway, cuba kurangkan RPM <3k. Kereta lama mcm tahun 2005 kebawah mungkin susah sebab transmission ada 3 gear je. Tapi kereta modern, ada 5-speed, 6-speed, cuba memandu dalam 90-110km/h.

Selamat, dan jimat minyak, insyaAllah.

Baca Juga: Sarung cincin besi pada kemaluan, lelaki warga Rohingya dikejarkan ke hospital

Baca Juga: Boleh ke puasa enam dan puasa ganti serentak? Ini penjelasannya