Sarung cincin besi pada kemaluan, lelaki warga Rohingya dikejarkan ke hospital

Sarung cincin besi pada kemaluan, lelaki warga Rohingya dikejarkan ke hospital. Entah apa yang terlintas di minda sehingga sanggup menyarungkan cincin besi di kemaluan sendiri dan terpaksa menahan sakit sehingga bantuan tiba.

Lelaki berusia 26 tahun itu dikatakan terpaksa pergi ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Ampang di sini, bagi mencabut cincin berkenaan yang tersangkut pada kemaluannya sekitar jam 9 malam.

Memetik Harian Metro, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis memaklumkan, petugas hospital bertindak menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan Indah bagi membantu mangsa.

Menurutnya, sepasukan anggota bomba BBP Pandan Indah kemudian bergegas ke hospital sebelum tiba jam 9.23 malam.

“Setiba di lokasi, kami mendapati cincin itu masih tersangkut pada alat sulit pelarian Rohingya itu.

“Susulan itu anggota bomba segera melakukan operasi memotong dan mengeluarkan cincin logam itu menggunakan peralatan khas dibawa,” katanya.

Beliau berkata, anggota bomba mengambil masa lebih satu jam bagi menyelesaikan tugasan itu.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sudah banyak kes melibatkan cincin besi yang disarungkan kepada kemaluan, namun tidak pernah dijadikan iktibar. Bila tersangkut, terpaksa hubungi bantuan, malu dapat, sakit pun dapat.

Baca Juga: Tujuh sebab anda tidak boleh tengking anak

Baca Juga: KPM didesak tangani isu guru terbeban dengan tugas warden asrama