Pernah tular kisah seorang wanita yang mencari isteri kedua untuk suaminya yang mempunyai ‘sex drive’ yang tinggi.
Namun baru-baru ini, tular kembali kisahnya yang telah menemui isteri kedua untuk suaminya di media sosial.
“Update pasal pencari madu hari tu. Dah selamat dah, Alhamdulillah. Doakan yang baik-baik ya untuk aku dan keluarga.
“Banyak gila drama sebab keluarga semua tak setuju. Kahwin kat pejabat agama je sebab nak elakkan drama. Nak selesaikan yang penting baru fikir majlis.
“Pelamin pun pejabat agama punya je. Yang datang waktu nikah cuma keluarga belah perempuan dan aku. Keluarga suami semua tak datang,” ujarnya.
Wanita tersebut hanya menjalankan tugasnya sebagai isteri dan mengabaikan kata-kata nasihat dari keluarga kerana dia sendiri bersedia untuk berpoligami.
“Tak apalah apa orang cakap sekali pun. Aku okay je. Mereka dah kahwin dua minggu. Aku pun bahagia je. Tiada benda aneh setakat ini.
“Dia (madu) kerja juga sebagai akauntan, lebih kurang kerja aku. Jadi masing-masing faham. Sekarang ni giliran dia weekday, aku weekend. Mungkin nanti akan tukar kot. Ikut dia nak macam mana, aku ikut je.
“Majlis belah perempuan buat masa raya nanti kot. Keluarga suami aku tengah bising, marah-marah. Aku pun tak faham kenapa mereka marah, sedangkan aku okay je,” ujar wanita itu.
Dia turut berterima kasih kepada pemilik akaun X @meinmokhtar yang membantu ‘mengiklankan’ pencarian madunya sekitar November tahun lalu.
Sebelum ini tular kisah wanita ini yang mencari isteri kedua buat suaminya kerana tidak tahan melayan batin suami yang dikatakan amat tinggi.
Baca juga: Lelaki nekad potong rambut pelanggan guna api, siap ada hos terpacak lagi