Famili ini lebih selesa tinggal di hotel dengan kos RM19,600 sebulan selama 229 hari

Famili ini pelik pilih tinggal di hotel dengan kos RM19,600 sebulan selama 229 hari. Sebuah famili terdiri daripada lapan orang ahli keluarga di China yang mengamalkan pilihan gaya hidup yang tidak konvensional menjadi buah mulut pengguna media sosial.

Kesemua mereka menginap di hotel mewah sejak 229 hari lalu dan ‘lebih selesa’ dengan keadaan seperti itu bahkan mereka merancang untuk meneruskan gaya hidup mewah seperti itu untuk tempoh sepanjang hidup mereka.

“Kos penginapan di hotel di bandar Nayang itu dianggarkan berjumlah 1,000 yuan (RM653) sehari. Mereka berkongsi di sebuah bilik suite yang dilengkapi ruang tamu dan dua bilik berkembar.

“Keluarga itu juga tidak perlu membayar caj tambahan untuk bekalan elektrik, air, parkir atau sistem pemanas memandangkan ia terkandung dalam pakej bilik tersebut,”jelas laporan berkenaan lagi.

Kisah unik mereka mula mendapat perhatian warganet setelah sebuah rakaman video dikongsikan di media sosial oleh salah seorang ahli keluarga itu yang dikenali sebagai Mu Xue.

Menurutnya, pihak hotel juga memberikan kadar istimewa untuk sewa bagi tempoh jangka panjang.

“Saya tidak pernah terfikir gaya hidup seperti ini dapat membantu untuk menyimpan wang. Ia menjadikan segala-galanya lebih mudah dan kami gembira untuk tinggal di hotel untuk selama-lamanya,” jelasnya kepada Star Video.

Pengakuannya bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial dan ada yang berpendapat ia agak tidak masuk akal.

Platform maklumat hartanah, Anjuke menunjukkan purata sewa untuk sebuah apartment dilengkapi dua bilik di Shanghai boleh mencecah sehingga 20,000 yuan (RM13,066) sebulan dan tidak termasuk utiliti sedangkan tinggal di hotel hanya menelan kos 30,000 yuan (RM19,600) sebulan yang meliputi bayaran segala kemudahan yang disediakan.

Baca juga: Kahwin 12 tahun tapi tak ada anak, isteri ini pasangkan pelamin buat suami dan madu