FIFA gantung keahlian Persekutuan Bola Sepak India, dilarang sertai perlawanan antarabangsa

  • Post author:

Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) membuat pengumuman mengenai keahlian Persekutuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF) yang digantung berkuat kuasa serta-merta kerana pengaruh tidak wajar daripada pihak ketiga,

“Penggantungan itu akan ditarik balik sebaik sahaja perintah untuk menubuhkan jawatankuasa pentadbir untuk mengambil alih kuasa Jawatankuasa Eksekutif AIFF dimansuhkan dan pentadbiran AIFF kembali mengawal sepenuhnya urusan harian pertubuhan itu,” kata FIFA dalam satu kenyataan.

Berikutan tindakan itu, penganjuran Piala Dunia Wanita B-17 2022 yang dijadualkan di India pada Oktober mungkin dibatalkan, dan pasukan bola sepak kebangsaan India tidak boleh bermain dalam mana-mana perlawanan antarabangsa sehingga larangan itu ditarik balik lapor Xinhua.

Menurut kenyataan FIFA, badan induk bola sepak dunia itu sentiasa berhubung secara konstruktif dengan Kementerian Hal Ehwal Belia dan Sukan di India dan “berharap keputusan positif kes itu masih boleh dicapai.”

Baca Juga: 7 penjenayah dedah filem Bollywood Special 26 bagi idea merompak

Baca Juga: Produk pun orang tak pernah kenal tiba-tiba jadi jutawan, wanita ini bongkar taktik ‘founder’ timbang kilo jadi kaya