“Bekas isteri suami kerja kikis duit je, siap pujuk suami nak kereta baru alasan untuk anak-anak”

Ramai yang tidak tahu andai sudah bercerai, bekas suami perlu menanggung bekas isteri dan juga menafkahi anak anak.

Namun banyak kisah yang kita dengar, bekas suami kerap melupakan tanggungjawab itu andai sudah bercerai kerana menganggap semuanya jatuh di bahu isteri.

Wanita ini menceritakan kisah suaminya yang dianggap kerap dipijak kepalanya oleh bekas isteri beliau apabila wanita itu suka meminta pelbagai permintaan kerana mengetahui suaminya itu mempunyai gaji yang besar.

Salam admin, minta tolong hide profile saya. Saya ingin bertanya pendapat mengikut logik dan hukvm dari para pembaca. Dahulu saya adalah ibu tunggal, mempunyai 2 orang anak dan sekarang telah berkahwin selama 5 tahun dengan suami saya, seorang duda yang mempunyai 3 orang anak. Suami saya bergaji RM 36,000 sebulan.

Sebelum berkahwin saya bersetuju dan amat memahami bahawa suami ada tanggungjawab dan tanggungan lain iaitu 3 orang anak bersama bekas isteri. Kami masing-masing bersetuju menyediakan dan membayar :

1. Rumah semiD bulanan RM 5k sebulan

2. Bil utiliti RM 2k sebulan termasuk bil handphone bekas isteri

3. Kereta baru yang dibeli cash berharga RM 120K (dibeli 4 tahun yang lepas)

4. Nafkah duit RM 3k sebulan (RM 1k satu anak)

5. Belanja barangan dapur RM 300 seminggu (RM 1200 sebulan) 6. Perbelanjaan sempena buka sekolah

7. Perbelanjaan sempena hari raya

8. Perbelanjaan sempena cuti sekolah

9. Driver dan maid RM 3k sebulan

Setahun yang lepas bekas isteri telah meminta dari kami dan kami setuju menambah :

1. Yuran tuisyen anak-anak RM 2500 sebulan (cikgu datang ke rumah personal tuisyen)

2. Upgrade hampir semua subscription seperti astro, internet, cctv, menjadikan kini utiliti RM 2500 sebulan

Kini bekas isteri meminta tambahan:

1. 1 kereta baru SUV berharga RM 250k (tidak kisah hutang/cash)

2. Simpanan bulanan anak RM 1k seorang

Sedangkan saya dan suami:

1. Duduk di kondo bulanan RM 2500 sebulan

2. Kereta axia (suami) dan honda hrv (saya)

3. Berbelanja dengan cermat

4. Menghulur kepada ibunya RM 500 sebulan (ibu bapa saya sudah tiada)

5. Tiada orang gaji

Suami amat bertanggungjawab terhadap 2 orang anak saya. Perbelanjaan yang sama untuk anak-anak saya tetapi saya sering tolak, hanya untuk yang anak perlu. Saya tanamkan ini supaya anak-anak saya menjadi orang yang cermat dan bertanggungjawab apabila dewasa kelak.

Isunya: Bekas isteri bergaji RM 20K dan seperti dengan sengaja meminta segala macam dan seperti mengambil kesempatan. Segala apa yang dia minta semuanya disebut untuk anak sedangkan anak berumur 12 tahun, 11 tahun dan 9 tahun.

Selepas 5 tahun berkahwin dengan suami saya fikir bekas isteri akan lebih bersifat terbuka dan ok dengan kami atas tanggungjawab yang kami jalankan dan ingatan kami yang besar terhadap bekas isteri iaitu bekas isteri mendapat wang ihsan RM 1000 sebulan kerana menjaga dan mendidik anak, tidak perlu membayar bahagiannya iaitu 1 per empat.

Saya telah mendengar beliau menggelar saya sebagai “betina”. Saya amat remuk hati dan betapa dia seorang ibu tunggal yang tidak bersyukur atas segala ingatan kami terhadapnya terutamanya saya yang tidak pernah cuba merebut atau menakluk suami dari anak-anak.

Malah anak-anak tiri saya juga hanya bermanis muka dengan saya di hadapan suami. Di belakang suami mereka akan melemparkan muka sombong. Untuk makluman saya berkenalan, bercinta selepas mereka bercerai. Saya bukan penyondol.

Selain itu bekas isteri gemar menagih simpati dari suami contohnya meminta hadiah sempena harijadinya, meminta percutian kerana perlu healing dari menjaga anak-anak, dan sering menggunakan bahasa rempit apabila berkomunikasi dengan suami.

Walhal dia dikenali sebagai orang yang sombong dan garang. Contoh ayatnya:

Eno awak (hello awak)

Tentiu (thank u)

Aye beyum matan (saya belum makan)

Good morning popot (good morning papa)

Setiap kali suami ingin mengambil anak-anak, dia akan turut bersiap dan ikut serta tanpa dipelawa. Saya tidak mahu hanya kerana dia begini saya mengikut setiap kali suami membawa anak-anak keluar kerana saya mahukan suami ada quality time bersama anak-anak dan saya seorang wanita yang menjaga adab dan class.

Suami pula kalah setiap kali permintaan dari bekas isteri, mendengar nama anak disebut suami akan menurut dengan happy nya. Mengikut gambaran dan situasi yang saya beri, minta pembaca beri respon dan ulasan menurut perspektif kalian supaya saya dapat menilai adakah pemikiran saya betul atau pemikiran saya salah.

Baca juga: “Pelik bila selalu nampak barang kakak sama macam yang suami aku bagi, kemuncaknya bila aku sendiri nampak diorang jalan pergi hotel..”