Gantung uri bayi dan awet janin yang keguguran, Ustaz dedah rakyat Sabah pegang lebih kepada adat

Gantung uri bayi dan awet janin yang keguguran, Ustaz dedah rakyat Sabah pegang lebih kepada adat. Mungkin disebabkan kurang dakwah dan ajaran Islam di Sabah sehingga rakyat disana lebih berpegang kepada adat berbanding agama Islam itu sendiri.

Maka sebab itulah kerja-kerja dakwah perlu sentiasa dijalankan dari semasa ke semasa seperti yang ditegaskan oleh Dr Taufiq Razif dari TheProParenting di laman Facebooknya ini.

Menurut Dr Taufiq, beberapa amalan khurafat di kawasan pedalaman Sabah masih diamalkan dan dia sendiri turut menyaksikannya sendiri semasa membuat misi kemanusiaan dan dakwah di sana.

Pendedahan yang mengejutkan tersebut dibuat oleh Ustazah Marhamah Rosli yang diharapkan dapat menyedarkan lagi kita tentang betapa seriusnya pegangan adat masyarakat Islam di pedalaman Sabah yang bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar.

Diharapkan Dr Taufiq dan Ustazah Marhamah dapat berkongsi lebih banyak kisah dakwah yang menarik selepas ini. Jom baca pengalaman menyeramkan mereka ini.

gantung uri bayi di pokok

“Tahi!” itulah yang dijawab Dr Taufiq bila ditanya mengenai isi dalam plasti biru yang tergantung di atas pokok tersebut. Jawapan darinya hanya disambut tawa oleh Ustazah Marhamah Rosli dan team misi kemanusiaan dan dakwah di Sabah.

Ada diantara yang hadir meneka baja dan buah namun jawapannya tetap salah.

“Hmmm. Dr Taufiq nak tahu tak benda dalam plastik tu adalah TEMBUNI”, jelas Ustazah Marhamah

Pegangan adat lebih kuat daripada pegangan agama.

Pemilik akaun Facebook itu mengaku terkejut kerana masih ada orang Islam yang mengantungkan uri bayi pada pokok. Ustazah Marhamah mendedahkan bahawa pegangan adat masih kuat walaupun mereka muslim.

“Penduduk di kampung ni walaupun Muslim tapi pegangan adat mereka masih kuat”.

Bayi gugur tak ditanam tetapi diawet

Macam tak percaya pun ada tapi inilah yang terjadi bila tak ramai yang sokong dan sumbang dana untuk usaha dakwah dan pendidikan di pedalaman sini.

“Dr Taufiq, orang sini kalau bayi dia keguguran dia takkan tanam. Dia akan awet dan letak dalam bilik!”

“Ada satu kes tu sorang tu baru je keguguran anak. Dan dia nak masukkan anak tu dalam bilik. Tapi tiba-tiba dia bagitahu dia ada anak berusia 14 tahun padahal dia mana ada anak lagi.

“Rupanya di dalam biliknya ada sorang lagi anaknya yang pernah keguguran 14 tahun lepas! Diawet dan disimpan di dalam biliknya selama 14 tahun lamanya!”.

Tuan puan semua.

Kisah ni seram tapi benar. Ini yang terjadi bila dana tidak mencukupi untuk sokong usaha dakwah pada orang yang sudah lama memeluk Islam di pedalaman Sabah ni.

Ini bukan masa untuk tuding jari. Ini adalah masanya untuk kita sama sama sedar tentang betapa pentingnya untuk sokong usaha untuk didik dan ajar orang-orang yang sudah lama peluk Islam di Sabah.

Baca Juga: Keluarga diusir selepas selamatkan bayi yang dibuang anak sendiri

Baca Juga: ‘Kalau firaun masih hidup, dia dah jadi tetamu beri motivasi’, warganet terus kecam sekolah buka pintu pada ‘mat rempit’