Gara-gara tak puas hati hadiah Krismas, adik 14 tahun bunuh kakak

Gara-gara tak puas hati hadiah Krismas, adik 14 tahun bunuh kakak dalam kejadian pada malam Krismas di Florida.

Remaja lelaki berusia 14 tahun yang menembak mati kakaknya ditembak pula oleh abangnya yang berusia 15 tahun.

Mereka bertengkar mengenai jenis hadiah yang akan mereka peroleh semasa membeli-belah untuk Krismas, lapor tca/dpa memetik CBS News.

Polis berkata pertengkaran berlarutan walaupun ibu mereka membawa kedua-duanya ke rumah nenek mereka di Largo (dekat Tampa, Florida), di mana remaja berusia 14 tahun itu dilaporkan mengacu pistol semi automatik ke kepala abangnya dan mengancam untuk membunuhnya.

Bapa saudara mereka meleraikan pertengkaran itu dengan membawa remaja 14 tahun itu keluar dari rumah dan dinasihatkan oleh kakaknya, Abrielle Baldwin, yang duduk di luar rumah bersama anaknya, supaya menghentikan pertengkaran itu.

Remaja 14 tahun itu yang mungkin didakwa sebagai orang dewasa kerana membunuh, berada dalam keadaan stabil di hospital Tampa selepas menjalani pembedahan manakala abangnya didakwa atas percubaan membunuh dan menunggu bukti fizikal.

CBS News melaporkan kedua-dua remaja itu sebelum ini pernah ditahan kerana pecah masuk kenderaan.

Jabatan Syerif Daerah Pinellas memberitahu Daily News bahawa siasatan masih diteruskan.

Wanita yang terbunuh itu juga mempunyai seorang lagi anak berusia 6 tahun.

Baca juga: Tular pengantin perempuan selamba tidur ketika upacara ‘havan’, pengantin lelaki pula tersenyum