Geli! Diuji bakal mak mentua akhirnya wanita ini berani sentuh bulu kucing walaupun hanya satu jari

Gelinya hendak menyentuh seekor anak kucing dengan bulu yang lebat akhirnya wanita ini berani sentuh bulu kucing walaupun hanya satu jari.

Seorang gadis diuji oleh bakal mak mentuanya agar dia memegang seekor anak kucing bagaimanapun detik itu seolah-olah amat cemas dalam hidupnya.

Namun, bakal ibu mentuanya dilihat dengan santai menggendong anak kucing lalu menarik tangan wanita tersebut agar menyentuh haiwan itu.

Disebabkan rasa takut, wanita tersebut beberapa kali menarik tangannya, namun dia tetap mencuba untuk menyentuh haiwan itu, lapor portal berita Okezone hari ini.

“Diuji kebolehan memasak (tanda pangkah), diuji perlu berani pegang anak kucing (tanda betul),” demikian menurut keterangan pada video tersebut.

Selepas beberapa saat, wanita itu mula berani memegang bulu anak kucing itu meskipun hanya menggunakan satu jari.

Namun, setiap kali anak kucing mengeluarkan suara, wanita itu menarik semula tangannya kerana ketakutan, sehingga dia akhirnya berjaya membelai haiwan tersebut dengan tenang.

Video tersebut menjadi perhatian pengguna media sosial yang berasa terhibur dengan aksi gadis itu.

“Sama dengan saya. Setiap kali kucing lalu di hadapan saya, saya pasti akan berasa takut. Bukan benci tetapi betul-betul takut kepada kucing,” kata seorang netizen.

Baca juga: Tengok bahagian atas kemas, tengok bawah siap kain batik-Pembaca berita tunjuk pakaian di sebalik tabir