Guna ‘chopstick’ lagi senang buang perut ikan sepantas 5 saat. Seorang pengguna TikTok berkongsi cara baharu untuk menyiang ikan sepantas 5 saat tanpa perlu membelah perut ikan.
Kaedah ini lebih praktikal kerana menjimatkan masa dan dapur anda juga tidak berkecah dengan darah ikan yang mengotori papan pemotong.
Bahan yang diperlukan adalah chopstick atau pengepit makanan dan berus gigi.
Video yang dimuat naik oleh Syifa Jamil di TikTok, dia berkata jika membersihkan isi perut ikan menggunakan penyepit, perut ikan akan kelihatan masih lagi solid, dan tidak lembik.
Senang cerita, memang cantik kejadiannya kalau siang ikan guna penyepit atau chopstick ini. Mari kita lihat bagaimana caranya di bawah ini.
Yang pertama, masukkan kedua-dua chopstick ke dalam mulut ikan.
Kemudian pusingkan chopstick tersebut supaya isi ikan terlekat dan memudahkan untuk ditarik keluar.
Pastikan tiada satu pun semua isi yang kotor itu tertinggal di dalam perut ikan.
Periksa ikan untuk melihat ia bersih dari segala isi.
Seterusnya, ambil berus gigi dan cuci perut ikan itu.
Memang sudah terbukti, cara ini sangat mudah dan paling senang untuk mencuci ikan. Bukan sahaja cepat tetapi perut ikan juga bersih.
Baca juga: Katerer tak muncul, duit habis RM13,000 akhirnya saudara mara dikerah ‘setup’ dewan serta makanan